,

Khalid Al-Walid Dipilih Untuk Memimpin Perang Mu’tah

Kematian panglima Islam dalam perang Mu’tah iaitu Zaid bin Harithah, Ja’far bin Abu Thalib, dan Abdullah bin Rawahah menyebabkan tentera Islam tercari-cari siapa yang boleh memimpin mereka dalam peperangan besar itu.

Bendera tentera Islam pada ketika itu dipegang oleh tentera Islam iaitu Tsabit bin Arqam, dia berkata: “Wahai tentera Islam, pilihlah salah seorang daripada kamu.” Mereka menjawab: “Kamu.” Tsabit berkatat: “Aku tidak boleh.”

Akhirnya, tentera Islam sepakat memilih Khalid bin Al-Walid sebagai pemimpin pasukan. Khalid berjaya melakukan perlawanan menghadapi musuh tentera Rom.

Bukan itu sahaja, malah Khalid ada melakukan strategi dan tipu muslihat, seolah-olah pihak musuh melihat bahawa tentera Islam telah mendapatkan bantuan. Caranya ialah tentera Islam disusun dalam keadaan baru, tentera yang berada di baris belakang dipindahkan ke belakang, tentera yang berada di kiri dipindahkan ke kanan, seolah-seolah susunan baru.

Perkara ini menimbulkan rasa takut kepada pihak musuh kerana mereka menyangka tentera Islam menjadi semakin ramai.

Lalu, Khalid melakukan muslihat untuk melakukan pengunduran secara perlahan-lahan, sehinggakan pasukan musuh memilih untuk tidak mengejar kerana menyangka bahawa tentera Islam akan merancang tipu muslihat untuk menarik mereka ke tengah padang pasir dan melakukan serangan.

Maka, kedua-dua pihak pulang ke tempat masing-masing. Apabila tentera Islam sampai di Madinah, kaum Muslimin di Madinah seolah-olah memarahi tentera Islam kerana bersangka bahawa tentera Islam melarikan diri, sedangkan itu adalah muslihat dalam peperangan.

Jika mereka betul-betul melarikan diri atau kalah, sudah pasti mereka dikejar pihak musuh tetapi pihak musuh sendiri tidak berani melakukannya.

Baginda menyatakan: “Mereka bukan melarikan diri, mereka mundur (untuk mengatur strategi), insyaAllah.”

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi) dan Kitab A-Rahiq Al-Makhtum (Syeikh Sofiyurahman Al-Mubarakfuri)