, ,

Kesan Penjajahan Brisith Terhadap Undang-Undang Di Tanah Melayu

Penjajahan British di Tanah Melayu suatu ketika dahulu memberi kesan besar kepada sistem pemerintahan negara.

Hal ini adalah kerana mereka turut membawa dan mengaplikasikan undang-undang dari tanah asal British ke Tanah Melayu yang sudah semestinya ada yang bertentangan dengan syariat Islam.

Mereka tidak menghiraukan penduduk di Tanah Melayu yang majoritinya beragama Islam.

Pihak British telah mewujudkan dua jenis undang-undang untuk diamalkan, iaitu:

(a) Undang-undang Inggeris : Digunakan sebagai undang-undang negara yang banyak menjadi rujukan dalam segala aspek kehidupan rakyat.

(b) Undang-undang Islam : Digunakan hanya kepada orang Islam dan melibatkan beberapa aspek sahaja iaitu undang-undang keluarga, warisan dan beberapa bahagian dalam undang-undang jenayah Islam.

Sedar atau tidak, kehadiran British mula mencampuri hal ehwal agama Islam dalam pentadbiran kerana sepatutnya undang-undang Islam perlu diamalkan secara menyeluruh, tetapi mereka telah mengecilkan skop undang-undang tersebut dan menggantikannya dengan undang-undang ciptaan mereka sendiri.

Dasar sekularisasi yang cuba dilakukan oleh pihak Biritsh ke Tanah Melayu iaitu memisahkan umat Islam daripada aturan agama telah memasuki pelbagai ruang hidup masyarakat pada ketika itu.

Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan telah diluluskan dan ada beberapa perkara berkaitan agama Islam, contohnya

Perkara 3 : Agama Islam sebagai agama rasmi bagi persekutuan.

Sungguhpun begitu, kesan pemerintahan British dapat dirasai sehingga kini, apabila undang-undang Islam menjadi sangat kecil bidang kuasanya.

Dalam konteks sekarang, Mahkamah Syariah begitu terhad dan hanya mempunyai bidang kuasa dalam mahkamah negeri sahaja.

Malah, bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya fokus kepada hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam.