Usaha menjadi baik adalah satu usaha panjang. Seumur hidup.
Jika bertambah orang yang baik dan berakhlak mulia, seisi alam juga dapat berjalan dengan baik.
Namun bagaimana untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik?
Cara untuk menjadi lebih baik
- Kenal kelemahan dan kelebihan diri.
- Sentiasa rajin mencari pelbagai ilmu (luaskan pengetahuan).
- Amalkan ilmu yang telah dipelajari.
- Tingkatkan rasa yakin diri.
- Sentiasa cuba untuk istiqamah.
- Cuba melawan hawa nafsu.
- Berkawan dan mempunyai persekitaran yang baik.
“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia;
dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.” (Surah Al-Kahfi: ayat 28)
- Sibukkan diri dengan perkara-perkara kebaikan.
- Selalu bersyukur.
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Nahl: ayat 18)
- Jadikan orang baik sebagai mentor/guru kita.
- Baca, menonton dan dengar perkara yang baik-baik.
- Tolak orang jahat (jangan jadikan mereka sanjungan atau rujukan).
- Berdoalah selalu. Mohon hidayah daripada Allah.
“Ya Allah, permudahkanlah aku berzikir kepada-Mu, permudahkanlah agar aku mensyukuri nikmat-Mu dan permudahkanlah aku untuk memperbaiki amalanku.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)
Kita semua diciptakan bukan saja-saja. Ada tanggungjawab dan kekuatan masing-masing.
Berazamlah bersungguh-sungguh untuk tidak berhenti hanya setakat hari ini.
Bersabarlah dalam proses menggapai reda-Nya. Mari terus melangkah menjadi lebih baik dan bersama-sama menuju syurga!
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Anem Arnamee. Pernah terlibat dengan beberapa buah antologi cerpen & puisi. Buku terkini beliau ialah Bianglala Melukis Syurga (antologi puisi kemerdekaan bersama dengan rakan-rakan penulis). Beliau juga aktif menulis di blog beliau: https://arnamee.blogspot.my
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.