Assalamualaikum dan salam sayang daripada saya.
Hari jadi adalah hari kelahiran seseorang. Tak semua orang berkesempatan menyambut hari jadi apabila sampai tarikhnya.
Bukan satu kemestian pun. Walaupun tidak gah sambutannya tetapi dengan ucapan selamat hari jadi sudah memadai dan dapat menggembirakan seseorang.
Tarikh hari jadi amat penting walaupun sekadar nombor tetapi itu adalah tanda kepada peningkatan umur. Peningkatan umur itu biarlah seiring dengan kematangan dalam perjalanan hidup.
Sekurang-kurangnya setiap tahun seseorang itu akan menjadi lebih baik dan akan tekad berazam untuk kelangsungan hidup.
Bagi saya tarikh hari jadi itu sangat penting. Setiap tahun saya tidak akan lupa tarikh hari jadi arwah abah dan juga tarikh arwah abah meninggal dunia, hari jadi mak dan adik-beradik, suami tersayang serta anak-anak tercinta dan kenalan rapat.
Ucapan selamat hari jadi yang kita ucapkan kepada seseorang kadang-kadang tu memberikan ceria kepada orang itu.
Mereka tidak meminta hadiah pun tapi amat menghargai dan berterima kasih kepada kita. Padanya itu sungguh dihargai walaupun untuk sesaat.
Setiap tahun umur meningkat dan itu tanda keberkatan rezeki dan hidup yang Allah berikan. Kita masih lagi sihat, kuat, bahagia dan mampu lagi bernafas untuk terus mengabdikan diri padaNya.
Jangan cuba lari dan menafikan tarikh itu kerana dirasakan tidak penting atau tidak perlu diingat. Kenapa pulak? Takut dikatakan tua ke? Tak perlu fikir sampai begitu.
Perlu positif ke hadapan. Makin meningkat umur semakin awet muda. Tapi kalau nak rasa muda kena rasa bahagia.
Betulkan, kawan-kawan pembaca. Haa… senyum jugak la tu.
Selepas saja membaca tulisan ini diharap kepada sesiapa yang selama ini tidak menghiraukan langsung tarikh hari jadi sendiri moga berubah dan tandakan tarikh itu di mana-mana kalender sebagai tarikh yang paling penting dalam hidup sepanjang tahun.
Tidak akan rasa rugi tetapi sebagai pemberi semangat untuk lebih bermunajat kepada Allah SWT dan juga akan terus berusaha untuk merubah kehidupan yang lebih selesa.
Buat rakan-rakan sekalian saya sentiasa mendoakan semua sentiasa sihat dan berbahagia di dunia dan di akhirat.
InsyaAllah.
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Hajah Rozitah binti Ahmad. Merupakan ibu kepada 4 orang anak. Menetap di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan. Bekerja di syarikat Logistics di KLIA. Minat menulis dan subjek sastera.
Suka melihat alam sekeliling, suka melihat gelagat manusia untuk digambarkan dalam penulisan dan suka melihat lukisan. Suka melancong, mengumpul magnet, mengumpul stem dan mendengar lagu.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.