,

Tanggungjawab Manusia Di Bumi Allah

أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَٰنُ أَن يُتۡرَكَ سُدًى

“Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?” (Surah Al-Qiyamah, Ayat 36)

Setiap insan perlu tahu tanggungjawab atau peranannya dicipta di muka bumi Allah ini. Kita kena tahu bahawa Allah tidak mencipta makhluknya dengan sia-sia tetapi Allah mencipta setiap makhluknya ada tanggungjawab masing-masing.

Ramai dalam kalangan manusia pada zaman ini yang alpa dengan tanggungjawab yang Allah telah berikan kepada mereka. Mereka hanya ingat di dunia ini hanya untuk berfoya-foya tanpa melakukan syariat yang Allah telah tetapkan.

Di dalam surah yang saya sebut di atas untuk menerangkan sifat manusia yang mereka rasa ciptaan mereka di bumi ini tanpa memiliki tanggungjawab atau syariat Allah.

Mereka sangkakan bahawa mereka terlepas dari melakukan syariat Allah dan balasan Allah tetapi ingatlah bahawasanya manusia yang Allah ciptakan di muka bumi ini adanya tanggungjawab tertentu yang Allah gariskan di dalam Al-Quran.

Oleh itu, antara tanggungjawab yang Allah gariskan didalam Al-Quran bagi manusia salah satu ialah untuk beribadah kepadanya.

Firman Allah SWT

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Nya.” (Surah Adh-Dhariyat, Ayat 56)

Jelas bahawa Allah ciptakan makhluknya untuk beribadah kepadanya. Beribadah ini membawa maksud menghambakan diri kepada Allah. Pelbagai bentuk dalam beribadah kepada Allah antaranya, solat, berpuasa, membayar zakat, bersedekah, menunaikan haji dan umrah dan sebagainya.

Dengan wujudnya tanggungjawab beribadah kepada Allah ini akan manusia akan lebih memahami tujuan hidup dan makna iman dan taqwa.

Apabila seseorang individu atau hamba itu beribadah kepada Allah akan timbul iman di dalam diri individu tersebut akan membuatkan individu itu mulia disisi Allah kerana Allah telah berfirman di dalam Al-Quran

يا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Hujurat, ayat 13)

Peranan kita yang seterusnya sebagai hamba Allah yang telah digariskan oleh Allah didalam Al-Quran adalah melaksanakan “Amar Makruf Nahi Munkar”.

“Amar Makruf Nahi Munkar” satu ayat di dalam bahasa arab maksudnya ialah melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran atau melaksanakan setiap perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Firman Allah SWT

كنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡكِتَٰبِ لَكَانَ خَيۡرٗا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَكۡثَرُهُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” (Surah Al-E-Imran, Ayat 110)

 

Maka, Amar Makruf Nahi Munkar bukanlah satu tanggungjawab kepada individu atau badan-badan tertentu sahaja, malah Amar Makruf Nahi Munkar adalah satu tanggungjawab yang Allah letakkan kepada setiap manusia yang diciptakan olehnya dimuka bumi ini.

Sirah nabi SAW berkenaan Amar Makruf Nahi Munkar, Nabi Muhammad SAW sendiri melaksanakan Amar Makruf Nahi Munkar.

Memang hakikatnya apabila melaksanakan Amar Makruf Nahi Munkar adalah salah satu tanggungjawab yang besar atau berat kerana ia akan menyebabkan orang disekeliling kita akan mencaci dengan apa yang kita lakukan.

Tetapi, ingatlah bahawasanya Nabi Muhammad SAW dibenci kerana beliau melaksanakan Nahi Munkar iaitu mencegah kemungkaran di bumi tetapi disebabkan itu perintah dan tanggungjawab Allah yang diberikan kepada kita maka wajib untuk kita lakukan peranan yang telah ditetapkan.

Peranan yang seterusnya ialah menjadikan manusia ini sebagai khalifah dimuka bumi.
Firman Allah SWT

وإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah, Ayah 30)

Jelas di dalam Al-Quran Allah menciptakan manusia untuk menjadikan manusia itu khalifah yakni ketua dimuka bumi ini.

Maka untuk menjadikan manusia itu sebagai khalifah di muka bumi perlulah berlandaskan nas-nas yang telah termaktub di dalam ayat-ayat Allah dan hadith rasulullah SAW.

Maka inilah antara tanggungjawab dan peranan manusia yang Allah ciptakan di muka bumi ini. Jadi ingatlah jadilah manusia yang beriman kepada Allah, beriman kepada ayat-ayat Allah dan berpeganglah dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah supaya tidak sesat di zaman yang penuh dengan fitnah pemikiran.

“Orang Islam ini didik diri soleh dan ubah orang lain untuk menjadi soleh, Bukan didik diri soleh tetapi biarkan orang lain jahil.”

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Hilman Khair bin Jaafar. Nama pena ialah Maman. Boleh hubungi beliau melalui email hilmankhair@gmail.com. Ikuti perkembangan beliau melalui Instagram hilman.khair dan Twitter hilmankhair.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.