, ,

Kenapa Rasulullah Memberitahu Secara Jelas Di Dalam Perang Tabuk Untuk Memerangi Bani Ashfar (Romawi)?

Jumlah pasukan kaum Muslimin mencapai 30000 orang ketika seruan jihad diberitahu oleh Rasulullah.

Kebiasaannya, pada perang-perang sebelum ini, Rasulullah menyembunyikan tujuan sebenar bagi menjaga kemaslahatan atau kerahsiaan dalam peperangan.

Namun, pada perang Tabuk, Baginda memberitahu secara jelas tentang peperangan ini adalah untuk menentang bani Ashfar (Romawi).

Ulama’ memberikan hikmah kenapa pada perang Tabuk ini Rasulullah memberitahu secara jelas mengenai musuh, arah peperangan dan sebagainya. Antaranya ialah:

1. Jarak tempuh yang jauh, kira-kira 778 km dari Madinah di selatan Hijaz.

Perjalanan ke negeri Romawi merupakan perkara yang susah, kerana mereka akan melalui padang pasir yang luas dengan sedikitnya air dan tumbuh-tumbuhan.

Secara tidak langsung, apabila Rasulullah memberitahu awal, para mujahidin dapat membuat persiapan yang sepatutnya supaya tidak berlaku perkara-perkara yang boleh menyebabkan gagalnya tujuan kaum Muslimin untuk memerangi bani Ashfar.

2. Jumlah pasukan musuh yang besar.

Jadi sudah semestinya kaum Muslimin memerlukan persiapan yang khusus, malah musuh pada kali ini berbeza dengan musuh-musuh yang pernah dihadapi kaum Muslimin sebelum ini.

Mereka mempunyai persenjataan yang lengkap, tahu banyak tentang peperangan dan memiliki kemampuan perang luar biasa.

3. Berada di masa susah.

Jadi, apabila Rasulullah memberitahu dengan jelas objektif peperangan pada kali, para mujahid dapat mempersiapkan diri sesuai keadaan yang ada,

mempersiapkan nafkah yang diperlukan untuk menempuh perjalanan yang sangat jauh, dan mempersiapkan nafkah untuk keluarga yang ditinggalkan.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)