Keagungan namamu sentiasa mengusik diriku
Indahnya akhlakmu membuat aku malu
Aku ingin menjadi sepertimu ya Khadijah
Kau usap air matamu, dengan rahmat Tuhan yang Satu
Kau rawat lukamu, dengan janji Tuhanmu
Kau sedari dunia bukan segalanya
Kau sedari dunia hanyalah fana
Kau ingati mati sebagai gantinya
Harga dirimu terjulang terjaga
Di samping Rasulullah menjaga agama-Nya
Bagaimana aku bisa sepertimu
Tutur kata yang lembut dan hati yang kuat
Sedang aku diuji
Keluah kesahku tak pernah henti
Sedang aku diuji
Aku memberontak seolah-olah Tuhan tak pernah mengasihi
Air mata merayu simpati
Hatiku merintih dengan apa yang terjadi
Aku lupa
Tentang dugaan, tentang janji syurga
Tentang adanya dunia ini fana
Hingga aku menzalimi hati yang merindukan Tuhannya
Siti Khadijah
Engkau menjadi wanita pujaan
Bukan kerana engkau cantik atau rupawan
Tapi, tinggi kedudukanmu di sisi Tuhan
Tabah menghadapi segala cercaan
Bagaimana aku bisa sepertimu
Penuh sabar menghadapi rintangan
Malah aku rakus merasai kenikmatan dunia
Sehingga aku terus alpa, goyah dan rebah
Emas, intan, permata kau pertaruhkan
Bahkan jasadmu kau rela dijadikan jambatan
Tapi aku
Darah setitik tak relaku korbankan
Kepuasan nafsu sentiasa aku turutkan
Aku tidak setara denganmu Khadijah, tidak!
Engkau terlalu mulia untukku bandingkan
Namun, engkaulah wanita yang harus dijadikan ikutan
Menjadi perhiasan tanpa perlu dipamerkan
Menjadi mahkota tanpa perlu pujian
Dan engkau redha akan ketentuan Tuhan
Nama terjulang tanpa ditempa
Sesungguhya engkau mengetahui erti sebuah kehidupan.
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Lutoris Rifata (nama pena).
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.