, ,

Sis, Syurga Masih Ada Kosong?

“Kak, saya teringin nak berubah… tapi saya susah kalau tak bercakap dengan lelaki.”

“Hmm… aku tak secantik dia, dia kan baik… pandai.”

Kejap. Apa kaitan dengan tajuk?

Persoalan pada tajuk itu bukanlah diajukan oleh orang lain… tetapi diajukan oleh diri sendiri.

Sejauh mana kita yakin kita cukup dengan memberi nasihat pada orang, berdakwah sana sini, memenuhkan mutabaah amal tapi lupa untuk menasihati diri sendiri atau pujuk diri sendiri untuk sentiasa bermunajat pada Allah dengan hati yang ikhlas.

Ikhlas. Ya, bercakap tentang ikhlas seperti semut hitam di atas batu yang hitam pada malam yang kelam. Sukar dilihat dan dicari tapi kewujudannya memang ada.

Perasan atau tidak, persoalan-persoalan atau masalah yang Allah hadiahkan khas buat kita bukanlah persinggahan akal fikiran semata-mata.

Kita dengar, fikir, cari solusi dan selesai. Bukan.

Secara praktikalnya, Allah tegur kita dalam setiap apa yang kita lakukan. Sama ada kita fikirkan secara sepintas lalu atau sekadar perkongsian ilmu ‘kosong’ pada orang lain.

Kenapa saya cakap kosong? Sebab kita tidak ambil tahu pun untuk rohani kita. Tahu secara teori, tetapi rohani? Kelaparan menunggu pengisian pujukan oleh diri sendiri.

Kebanyakan isu yang paling hampir dan selalu ditanya oleh kaum hawa ialah ikhtilat dan aurat. Saya bukanlah ustazah pilihan ataupun mufti nak keluarkan fatwa.

Sekadar tips mudah daripada saya iaitu apabila kita pegang dan gunakan pendirian kita pada setiap situasi yang memerlukan.

Situasi di mana seorang kaum Adam menghantar mesej kepada seorang Hawa. Bukan atas dasar tugasan kelas ataupun persatuan. Apa tindakan si Hawa sepatutnya?

“Ala sombonglah dia tu..”

No dear, awak berada di persimpangan yang betul. Kadang-kadang kita perlu suarakan daripada pihak kita, sebagai contoh, “Ada apa-apa perkara penting ke perlu dibincangkan?

Nampak formal. Ya, memang perlu berformal, untuk tunjukkan diri kita bukan sebarangan.

Kedua-dua isu itu nampak ‘cliche’.

Alasan pun boleh tahan banyaknya. Susah. Belum bersedia. Nanti orang kata apa pula.

Agaknya sampai bersalji bumi Malaysia ni baru bersedia agaknya. Hehe. Sis gurau saja. Susahkan? Allah ciptakan syurga tu terlalu manis, sebab tu kena susah sikit.

Boleh kan? Mesti boleh punya! InshaAllah. Kadangkala, soalan-soalan yang diberikan juga memaparkan keadaan masyarakat Islam sekarang. Sejauh mana kita selesa atau risaukan mereka.

Berbalik pada pendirian. Pendirian macam mana? Baik. Satu analogi mudah, seorang pensolek wajah ditanya tentang kemahiran menyolek. Lalu dijawab dengan menjalani latihan, pergi kursus dan belajar dengan Cik Yutube. Nampak?

Sama juga, pendirian yang dibina atas dasar pembelajaran yang kita dapat ataupun pengalaman yang kita lalui.

Sebab itu kita disyorkan pergi mendengar kuliah, turun ke masyarakat dan membaca bahan-bahan ilmiah.

Pendirian itu sendiri bermaksud fahaman, bukan pengetahuan pejal semata-mata. Konsep faham dan tahu memang adik-beradik. Tapi bukan sekepala.

Faham ialah tahu dan praktikkan.

Tahu pula sekadar ambil dan simpan.

Platform bagi setiap tindakan kita ialah berdasarkan tindakan akal yang difahami oleh hati berdasarkan syariat Ilahi.

Sikap yang perlu kita jauhi ialah berasakan diri selalu betul dan orang lain salah hanya kerana orang lain tidak sebaik kita. Allahu.

Sahabat semua, jangan lupa selalu sedekahkan Al-Fatihah untuk diri kita. Takut kelak perbuatan yang kita anggap betul tak diterima Allah hanya kerana kita lemaskan niat dalam kolam takabbur. Nauzubillah.

Sedihnya, apa tindakan kita?

Menunding jari ke arah orang lain, berbaki empat jari pada diri kita. Bercakap belakang tentang sikap orang itu dan ini, dan akhirnya kita pula yang melakukan perkara tersebut.

Menjadi tempat untuk orang bertanyakan dan berkongsi pendapat ini bukanlah indah secara abadi. Dipuji dan dipandang tinggi. Tidak.

Tangan-tangan kotor atas perbuatan kita mungkin menjadi penghalang diri kita untuk menuju ke syurga nanti. Jadilah pendengar setia, pemegang janji, dan berbaktilah kepada agama kerana Allah.

Jangan pula kehadiran kita nanti hanya mempersia-sia generasi akan datang. Islam takkan apa-apa tanpa kita, tapi kita tiada apa-apa tanpa Islam.

Rebutlah peluang mengumpul kebaikan yang dihantar oleh Allah tak kira kecil ataupun besar. Jadikan orang-orang di sekeliling sebagai medium untuk kita menaikkan saham akhirat kelak.

Dan persoalan yang kita harus tanyakan pada diri kita sendiri ialah masih adakah syurga atau tidak untuk kita. Dengan redhaNya, semoga syurga menyediakan ruang kosong bagi kita.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Aisya Insyira binti Jamil. Berasal dari Batu Pahat, Johor. Merupakan pelajar Jurusan Kejuruteraan Mekanikal.

Ia merupakan salah satu daripada artikel yang menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam 1.0 (PPii1) – klik di sini untuk menyertai PPii1.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 8

Upvotes: 5

Upvotes percentage: 62.500000%

Downvotes: 3

Downvotes percentage: 37.500000%