, ,

Jenayah Qisas Yang Ramai Orang Islam Tidak Faham

Kesalahan jenayah dalam Islam terbahagi kepada tiga iaitu hudud, qisas dan takzir. Pada kali ini, jom kita lihat tentang qisas.

Qisas dari segi bahasa bermaksud memotong, dari segi istilah pula bermaksud hukuman yang sama dengan jenayah yang dilakukan.

Jadi, bunuh dibalas dengan bunuh, luka dibalas dengan luka, cedera dibalas dengan cedera dan sebagainya.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِصَاصُ فِي ٱلۡقَتۡلَىۖ ٱلۡحُرُّ بِٱلۡحُرِّ وَٱلۡعَبۡدُ بِٱلۡعَبۡدِ وَٱلۡأُنثَىٰ بِٱلۡأُنثَىٰۚ فَمَنۡ عُفِيَ لَهُۥ مِنۡ أَخِيهِ شَيۡءٞ فَٱتِّبَاعُۢ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيۡهِ بِإِحۡسَٰنٖۗ ذَٰلِكَ تَخۡفِيفٞ مِّن رَّبِّكُمۡ وَرَحۡمَةٞۗ فَمَنِ ٱعۡتَدَىٰ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٞ

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan.

Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya.

Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

(Surah Al-Baqarah 2:178)

Jadi, dapat difahami bahawa qisas adalah hukuman seimbang dan setimpal yang disyariatkan Allah.

Namun, perlu diketahui bahawa hukuman ini adalah hak peribadi mangsa atau keluarga, jadi jika mereka memaafkan penjenayah itu, maka gugurlah hukuman qisas dan bertukar hukumannya kepada diyat iaitu membayar ganti rugi harta.

Diyat iaitu bayar ganti rugi boleh digunakan kepada:

– pembunuhan tidak sengaja

– pembunuhan sengaja tetapi dimaafkan oleh waris

Wallahu’alam.