, ,

Sistem Jenayah Dalam Islam, Apa yang Korang Perlu Tahu

Bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan kehidupan manusia di muka bumi, maka Allah menurunkan undang-undang yang mesti dipatuhi. Perkara ini disebut sebagai sistem jenayah dalam Islam.

Undang-undang ini tidak lain adalah untuk melindungi manusia daripada kejahatan manusia lain di samping mencegah kemungkaran daripada terus berlaku.

Malah, antara kebaikan hukuman jenayah di dalam Islam adalah ia dapat membersihkan dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada diazab di akhirat kelak.

Apa yang pasti, sistem jenayah dalam Islam sememangnya adil.

Melihat kepada beratnya hukuman terhadap jenayah yang dilakukan, sudah pasti mereka akan berasa gerun untuk melakukan atau mengulangi jenayah itu.

Hukuman yang diberi bukan untuk menyeksa penjenayah, tetapi untuk mendorong mereka supaya bertaubat dan berasa menyesal dengan kesalahan yang dilakukan.

Dalam Islam, maksiat dan jenayah adalah disebabkan dua perkara:

– melakukan kejahatan dan bertentangan dengan syariat Islam.

– meninggalkan perkara yang diperintahkan Allah.

Istilah yang digunakan ialah jarimah dan jinayah.

Ada juga ulama berpandangan bahawa jarimah merujuk kepada perbuatan jahat umum seperti kejahatan kepada harta benda dan tidak melibatkan nyawa, manakala jinayah merujuk kepada perbuatan jahat khusus yang melibatkan nyawa.

Namun, kedua-dua membawa kepada pengertian yang sama iaitu perbuatan jahat dan dosa yang diharamkan syarak.

Jarimah berasal daripada perkataan jarama جرم, manakala jinayah berasal daripada perkataan jana جن .

Ulama juga memberi takrifan yang berbeza mengenai jenayah, antaranya:

– Al-Mawardi : larangan-larangan syarak yang dihalang Allah dengan hukuman-hukuman hudud dan takzir.

– Abu Ya’la : larangan berasaskan hukuman syarak yang dihalang Allah berdasarkan hukuman yang terdiri daripada undang-undang hudud dan undang-undang takzir.

Wallahu’alam.