, ,

Usaha Mencari Erti Kebahagiaan

Kebahagiaan adalah di antara rasa manis dan pahit.

Jika rasa manis yang dilalui, kita akan cepat menjadi bosan.

Namun begitu, jika selalu sahaja rasa pahit, hati akan menjadi rawan pula.

Untuk mencari kebahagiaan apabila kita kecewa pada hari ini, janganlah kita lupa kebahagiaan yang bakal tiba pada hari esok.

Kita perlu fokus bahawa hidup ini di antara kecewa dan bahagia.

Jika pada hari ini kita kecewa, jangan difikirkan kekecewaan yang berlaku itu.

Yakinlah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dari-Nya.

Jika kita bahagia pula, jangan lupa kepada kecelakaan pada hari esok.

Kita tidak tahu bagaimana aturan takdir-Nya kepada kita.

Semoga kita semua dapat menempuh hari-hari mendatang dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Biarpun kita susah, jangan kita menyusahkan orang lain.

Justeru, bahagia merupakan sesuatu yang sangat bernilai.

Di akhirat kelak akan ada empat kategori manusia, iaitu:

  1. Orang yang hidup mewah di dunia, tetapi derita dan sengsara di akhirat.
  2. Orang yang hidup menderita di dunia, tetapi hidup dengan senang dan mewah di akhirat.
  3. Orang yang hidup menderita di dunia dan menderita juga di akhirat.
  4. Orang yang hidup senang dan mewah di dunia dan hidup senang dan mewah di akhirat.

Di dalam usaha mencari kebahagiaan, pilihlah mana satu daripada empat golongan di atas.

Mana satu kita mahu?

Tepuk dada, tanya iman kita.

Buatlah pilihan yang tepat supaya kebahagiaan abadi milik kita di dunia dan juga di akhirat.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nadia Sensei yang merupakan seorang guru di SMI Aman Binjai, Kelantan.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.