,

Aku Inginkan Syurga, Tetapi Aku Tidak Berbuat Apa-apa?

“Ahh… bosannya hari ni. Nak buat apa eh?” Aku baring di atas katil sambil memandang kipas di siling.

Bosan kerana tidak tahu aktiviti yang ingin dilakukan pada waktu lapang sebegini.

“Kau tahu? Pencari syurga,tiada perkataan bosan dalam kamus hidupnya kerana dia meluangkan setiap masa yang dia punya untuk sesuatu yang bermanfaat sehingga tiada masa untuk dirinya bersenang-senang tanpa melakukan sesuatu,” tutur sahabat aku yang sedang membaca di meja tulisnya.

Ku tenung dia lama, seorang gadis yang ayu wajahnya, cantik pada pandangan mata walau tanpa secalit make up pun.

Tutur katanya begitu lembut dan sopan. Akhlak peribadinya boleh dikatakan superb! Bijak menjaga aurat dan pergaulannya di luar.

Dia memang seorang yang boleh kugelar muslimah solehah!

“Eh, betul ke? Setiap saat dia manfaatkan? Dia tak rehat ke? Takkan tiada langsung masa untuk dirinya?” Soalku semula sambil menunjukkan muka tidak percaya atas apa yang dikatakan.

Dia memalingkan pandangannya ke arahku sambil tersenyum.

“Mestilah dia ada waktu untuk dirinya, juga punya masa rehatnya. Namun, rehatnya bukan sekadar diam tanpa buat apa-apa. Tidak hanya baring, mendongak sambil memandang kipas berpusing tanpa pengisian jiwanya.”

“Mungkin kau lihat dia hanya diam tanpa berbuat apa-apa. Namun, hatinya berzikir, jiwanya mengingati Allah, akal fikirannya memikirkan tentang ummah. Itu rehat dan penenang jiwanya. Firman Allah bukankah mengatakan, “Dengan mengingati Allah jiwamu akan tenang”.”

Balasnya lembut namun menusuk ke jiwaku. Sempat lagi dia mengenakan aku dalam hujahnya.

Aku termalu sendiri, tanpa sedar kakiku melangkah ke kamar mandi lalu bersegera mengambil wuduk. Tafsir di rak buku kugapai lalu kubaca.

“Jika menginginkan mutiara, kau harus berenang hingga ke dasar laut mencarinya. Maka, bagaimana mungkin aku ingin menggapai syurga jika aku hanya duduk tanpa berbuat apa-apa?”

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nur Izzati Binti Zahariman. Berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian di UPSI. Ikuti perkembangan beliau di Facebook Nur Izzati Zahariman.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Total votes: 6

Upvotes: 6

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%