,

6 Cara Rasulullah Menerima Wahyu Yang Ramai Tak Tahu

Turunnya wahyu merupakan tugas kenabian yang sangat berat, walaupun Rasulullah seorang yang berani dan berhati teguh, sebab proses ni bukan percakapan antara manusia dengan manusia, tetapi ia antara manusia dengan Malaikat Jibril yang membawa Kalam Allah.

Jom kita lihat… enam cara Rasulullah menerima wahyu.

1. MIMPI YANG BENAR

Rasulullah Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam terima wahyu pertama kalinya melalui mimpi yang benar. Baginda tak pernah mimpi melainkan ia akan jadi kenyataan. Dalam hadith ada disebutkan yang mimpi para nabi adalah wahyu.

2. ILHAM

Malaikat Jibril masukkan sesuatu ke dalam hati Rasulullah tanpa disedarinya. Baginda bersabda: “Sesungguhnya Roh Kudus telah meniup ke dalam hatiku. Sesungguhnya jiwa tidak akan pernah mati hingga rezekinya telah diberikan secara sempurna. Oleh kerana itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan baik-baiklah kamu ketika berdoa kepada Allah…”

3. SEPERTI SUARA LOCENG

Suaranya sama seperti kekuatan bunyi loceng, dan ia adalah cara paling berat Rasulullah terima wahyu.

4. TANPA PERANTARAAN MALAIKAT

Sepertimana Allah berbicara langsung dengan Nabi Musa, seperti itu jugalah yang dialami Rasulullah iaitu ketika peristiwa Isra’ Mikraj.

5. MELIHAT MALAIKAT JIBRIL DALAM KEADAAN ASAL

Allah turunkan wahyu melalui perantaraan Malaikat Jibril untuk disampaikan kepada Rasulullah.

6. MELIHAT MALAIKAT JIBRIL DALAM RUPA LELAKI

Dalam rupa seorang lelaki, Malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Rasulullah dan Baginda terimanya secara sedar dan jelas. Malah, ada beberapa sahabat yang sempat melihatnya.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr. Ali Muhammad As-Shallabi)