,

Benarkah Golongan Terawal Islam Majoritinya Orang Miskin Dan Lemah?

Pada awal dakwah Rasulullah yang dilakukan secara rahsia atau eksklusif, ia hanya tertumpu pada ahli keluarga, sahabat dan orang yang dekat dengan Baginda.

Malah, sejak dulu, kita ‘dimomokkan’ bahawa orang yang menyokong Islam pada awalnya majoriti hanya daripada orang miskin dan lemah. Betulkah?

Jom kita lihat… siapakah golongan terawal yang memeluk Islam yang juga dikenali sebagai As-Sabiqun Al-Awwalun.

GELOMBANG PERTAMA

  • Khadijah binti Khuwailid (isteri Rasulullah)
  • Ali bin Abu Talib (sepupu Rasulullah, berusia sepuluh tahun)
  • Zaid bin Harithah (anak angkat Rasulullah)
  • Zainab, Ummu Kalthum, Fatimah, Ruqayyah (puteri-puteri Rasulullah)
  • Abu Bakar As-Siddiq (sahabat baik Rasulullah)

Setelah itu, Abu Bakar As-Siddiq berjaya mengislamkan tokoh-tokoh terbaik yang dimiliki masyarakat Arab, iaitu:

  • Uthman bin Affan (berusia tiga puluh empat tahun)
  • Abdul Rahman bin Auf (berusia tiga puluh tahun)
  • Sa’ad bin Abi Waqqas (berusia tujuh belas tahun)
  • Zubair bin Al-Awwam (berusia dua belas tahun)
  • Talhah bin Ubaidillah (berusia tiga belas tahun)

GELOMBANG KEDUA

  • Abu Ubaidah bin Al-Jarrah
  • Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
  • Al-Arqam bin Abi Al-Arqam
  • Uthman bin Mazh’un
  • Ubaidah bin Al-Harith
  • Sa’id bin Za’id dan isterinya
  • Qudamah dan Abdullah (putera Uthman bin Mazh’un)
  • Fatimah binti Al-Khattab (adik Umar bin Al-Khattab)
  • Asma’, Aisyah (puteri-puteri Abu Bakar As-Siddiq)
  • Khabab bin Al-Arth (sekutu Bani Zuhrah)

GELOMBANG KETIGA

  • Ja’far bin Abu Talib dan isterinya Asma’ binti Umais
  • Abdullah bin Mas’ud
  • Amir bin Fuhairah (hamba sahaya Abu Bakar)
  • Ammar bin Yasir

Dan berpuluh-puluh orang lagi. Termasuklah juga Abu Dzar Al-Ghifari dan Bilal bin Rabah.

Jadi, setelah tiga tahun dakwah secara rahsia atau eksklusif ini dilakukan, sebanyak empat puluh orang lebih yang menjadi pengikut Islam.

Namun, daripada jumlah itu, hanya tiga belas orang saja yang terdiri daripada orang miskin dan lemah.

Secara tak langsung, ia adalah bukti bahawa awal dakwah Islam bukan hanya disokong golongan bawahan semata-mata, tetapi majoritinya lebih ramai daripada golongan biasa dan atasan.

Islam bukan hanya sekadar membela golongan bawahan, tetapi membela setiap golongan dan lapisan masyarakat yang ingin beriman kepada Allah.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr. Ali Muhammad As-Shallabi)

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%