Itulah antara nasihat-nasihat orang sekeliling terhadap para guru terutamanya. Kebelakangan ini, ramai guru tertekan dengan timbunan kerja berkaitan data murid serta sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, realitinya bukan sekadar kerja hakiki tetapi urusan berkaitan dengan akhlak menjadi masalah utama. Seorang rakan sekerja meluahkan perasaannya, “Semalam, saya mengamuk dalam kelas **** . Geram, mana taknya kita tengah mengajar diorang sembang dan main beyblade macam takda cikgu kat depan”. Cikgu T tersenyum dan membalas mesra supaya rakannya kurangkan perasaan marah terbabit. “Eh, ada lagi mainan beyblade ye?” “Ye, ada lagi cikgu…” balas cikgu B terbabit kepada cikgu T. “Itulah cikgu, budak zaman sekarang kalau nampak cikgu muda jadi mengada-ngada dan tidak beradab. Dulu, zaman kita nak pergi meja cikgu dalam kelas pun takut.. Pandang cikgu pun rasa seram, punyalah hormat! ” Jelas cikgu T “Itulah jadi menyampah dah masuk kelas tu..” rasa marah cikgu B terbabit masih tidak reda. Cikgu T mula berkongsi, “Saya pun umur lebih kurang cikgu dan saya pernah masuk kelas tu. Memang saya tahu murid-muridnya ramai kurang dengar arahan. Jadi bila mula-mula saya masuk kelas, saya tulis besar-besar perkataan “ILMU DAN BERAKHLAK”. Sampai semuanya terdiam.. Yang mana tengah main, kawan sekelas mula tegur hentikan bermain. Budak yang rancak menyembang, semuanya diam. Kemudian, bila dah tenang baru saya mulakan sesi pengajaran.” *Kring, kring, kringggggg* bunyi loceng tamat masa rehat pelajar. Maka, tamatlah perbualan cikgu T dan rakan sekerjanya. Lalu, kedua mereka mula mengorak langkah menuju ke destinasi kelas masing-masing. Cikgu T pula sambil berjalan ke kelas mula mengimbas apa yang berlaku pada minggu seterusnya. Pada minggu terbabit, sebelum melangkah ke dalam kelas Cikgu T masuk seperti biasa dan meminta pelajar membaca doa bersama-sama. Alhamdullilah, mereka beri kerjasama yang baik. Cikgu T meminta mereka mengeluarkan buku latihan, ramai yang keluarkan buku tapi ada seorang dua yang enggan keluarkan buku. Jadi cikgu T tanya pada mereka: “Minggu lepas apa pesanan cikgu pada semua ?” Murid-murid menjawab “Ilmu dan berakhlak” Cikgu T mula memegang marker pen dan menulis di papan putihnya “Meh, saya ulang semula apa formala saya cakap minggu lepas. Kalau ; Ada Ilmu takda akhlak= negatif Takda Ilmu ada akhlak= positif Ada Ilmu ada Akhlak = cemerlang dunia akhirat. Selepas itu, seorang murid dikenali sebagai As (bukan nama sebenar) mengangkat tangan dan berkata “cikgu, saya dah jumpa bukunya. Ada dalam beg ..” sambil tersengih-sengih. Padahal, cikgu T tahu murid terbabit sengaja sorokkan buku tersebut. Mungkin mereka mahu menguji gurunya. Namun masih ada seorang pelajar yang dikira cemerlang dari sudut akademik enggan mengeluarkan buku. Dalam hati cikgu T masa itu “Isyhh, tak boleh mengalah ini, kena buat sesuatu. Nanti virus malas keluarkan buku akan berjangkit kat budak-budak lain”. Sambil murid-murid lain sedang menyiapkan tugasan, cikgu T mula menulis di hujung sudut papan putih berkenaan Adab Bersama Guru Menurut Imam Nawawi mempunyai lapan iaitu: 1) Menjauhi sebab-sebab yang menyibukkan diri (gangguan atau tumpuan) 2) Membersihkan hati daripada kotoran (zikir dan al-quran) 3) Tawadhuk terhadap guru 4) Menjaga hati dan menerima kata-katanya 5) Memberi salam 6) Duduk dihadapannya 7) Jangan bermain-main dihadapan guru 8) Beradab dengan apa yang kita belajar (contoh : buku) Sambil cikgu T menulis, terdengar sayup-sayup murid yang sedang menyiapkan kerja membacanya dengan nada perlahan. Tiba-tiba, murid yang cemerlang akademik keluarkan bukunya sambil memegang buku “Hehehhe..Buku saya ada ni hah..” Seorang murid perempuan Una (bukan nama sebenar) mula bertanya “Cikgu lepas dah buat kerja dalam buku ini, kena salin ke apa yang di papan putih tu” Cikgu T jawab “Tak payah, saya ajar subjek lain bukan subjek adab. Cuma harini saya nak kongsikan tips dengan awak semua. Ini antara pesanan arwah pensyarah Al- Quran saya semasa di universiti waktu awal-awal masuk kelas. Saya pelik masa subjek lain awak tak dengar arahan. Bila kelas bertarannum elok je..” Cikgu T menyambung lagi “Lepas ini, awak jangan tanya kenapa susah nak hafal?..kenapa susah sangat nak faham atau pandai?.. Jawapannya senang awak tak jaga adab dengan tuhan,ibubapa dan guru.” Sebagai seorang guru yang kurang berpengalaman, Cikgu T juga melalui pelbagai ragam anak murid. Pelbagai cara digunakan dalam menyelesaikan masalah akhlak.
Bagaimanapun, pemulihan akhlak pelajar bukanlah “kerja sehari dua terus menjadi” seperti usaha berdakwah kepada golongan lain.Ia mengambil masa yang lama dengan membawa erti nilai KESABARAN yang tinggi serta IKHLAS dalam menyampaikannya. Sebagai seorang guru, perkara paling utama dalam sesi permulaan pembelajaran adalah mengajar tentang adab bersama guru. Walaupun subjek tersebut merupakan subjek duniawi akan tetapi ingatlah pemilik ilmu yang hakiki adalah milik Allah s.w.t. Semoga terus berbakti kepada semua guru-guru di Malaysia.
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Sis Aainaa Zaki. Mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dan Diploma Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat, UniSZA. Sebarang info boleh rujuk FB (Aainaa Zaki) dan Instagram (Aainaa Zaki). Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.Itulah antara nasihat-nasihat orang sekeliling terhadap para guru terutamanya. Kebelakangan ini, ramai guru tertekan dengan timbunan kerja berkaitan data murid serta sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, realitinya bukan sekadar kerja hakiki tetapi urusan berkaitan dengan akhlak menjadi masalah utama. Seorang rakan sekerja meluahkan perasaannya, “Semalam, saya mengamuk dalam kelas **** . Geram, mana taknya kita tengah mengajar diorang sembang dan main beyblade macam takda cikgu kat depan”. Cikgu T tersenyum dan membalas mesra supaya rakannya kurangkan perasaan marah terbabit. “Eh, ada lagi mainan beyblade ye?” “Ye, ada lagi cikgu…” balas cikgu B terbabit kepada cikgu T. “Itulah cikgu, budak zaman sekarang kalau nampak cikgu muda jadi mengada-ngada dan tidak beradab. Dulu, zaman kita nak pergi meja cikgu dalam kelas pun takut.. Pandang cikgu pun rasa seram, punyalah hormat! ” Jelas cikgu T “Itulah jadi menyampah dah masuk kelas tu..” rasa marah cikgu B terbabit masih tidak reda. Cikgu T mula berkongsi, “Saya pun umur lebih kurang cikgu dan saya pernah masuk kelas tu. Memang saya tahu murid-muridnya ramai kurang dengar arahan. Jadi bila mula-mula saya masuk kelas, saya tulis besar-besar perkataan “ILMU DAN BERAKHLAK”. Sampai semuanya terdiam.. Yang mana tengah main, kawan sekelas mula tegur hentikan bermain. Budak yang rancak menyembang, semuanya diam. Kemudian, bila dah tenang baru saya mulakan sesi pengajaran.” *Kring, kring, kringggggg* bunyi loceng tamat masa rehat pelajar. Maka, tamatlah perbualan cikgu T dan rakan sekerjanya. Lalu, kedua mereka mula mengorak langkah menuju ke destinasi kelas masing-masing. Cikgu T pula sambil berjalan ke kelas mula mengimbas apa yang berlaku pada minggu seterusnya. Pada minggu terbabit, sebelum melangkah ke dalam kelas Cikgu T masuk seperti biasa dan meminta pelajar membaca doa bersama-sama. Alhamdullilah, mereka beri kerjasama yang baik. Cikgu T meminta mereka mengeluarkan buku latihan, ramai yang keluarkan buku tapi ada seorang dua yang enggan keluarkan buku. Jadi cikgu T tanya pada mereka: “Minggu lepas apa pesanan cikgu pada semua ?” Murid-murid menjawab “Ilmu dan berakhlak” Cikgu T mula memegang marker pen dan menulis di papan putihnya “Meh, saya ulang semula apa formala saya cakap minggu lepas. Kalau ; Ada Ilmu takda akhlak= negatif Takda Ilmu ada akhlak= positif Ada Ilmu ada Akhlak = cemerlang dunia akhirat. Selepas itu, seorang murid dikenali sebagai As (bukan nama sebenar) mengangkat tangan dan berkata “cikgu, saya dah jumpa bukunya. Ada dalam beg ..” sambil tersengih-sengih. Padahal, cikgu T tahu murid terbabit sengaja sorokkan buku tersebut. Mungkin mereka mahu menguji gurunya. Namun masih ada seorang pelajar yang dikira cemerlang dari sudut akademik enggan mengeluarkan buku. Dalam hati cikgu T masa itu “Isyhh, tak boleh mengalah ini, kena buat sesuatu. Nanti virus malas keluarkan buku akan berjangkit kat budak-budak lain”. Sambil murid-murid lain sedang menyiapkan tugasan, cikgu T mula menulis di hujung sudut papan putih berkenaan Adab Bersama Guru Menurut Imam Nawawi mempunyai lapan iaitu: 1) Menjauhi sebab-sebab yang menyibukkan diri (gangguan atau tumpuan) 2) Membersihkan hati daripada kotoran (zikir dan al-quran) 3) Tawadhuk terhadap guru 4) Menjaga hati dan menerima kata-katanya 5) Memberi salam 6) Duduk dihadapannya 7) Jangan bermain-main dihadapan guru 8) Beradab dengan apa yang kita belajar (contoh : buku) Sambil cikgu T menulis, terdengar sayup-sayup murid yang sedang menyiapkan kerja membacanya dengan nada perlahan. Tiba-tiba, murid yang cemerlang akademik keluarkan bukunya sambil memegang buku “Hehehhe..Buku saya ada ni hah..” Seorang murid perempuan Una (bukan nama sebenar) mula bertanya “Cikgu lepas dah buat kerja dalam buku ini, kena salin ke apa yang di papan putih tu” Cikgu T jawab “Tak payah, saya ajar subjek lain bukan subjek adab. Cuma harini saya nak kongsikan tips dengan awak semua. Ini antara pesanan arwah pensyarah Al- Quran saya semasa di universiti waktu awal-awal masuk kelas. Saya pelik masa subjek lain awak tak dengar arahan. Bila kelas bertarannum elok je..” Cikgu T menyambung lagi “Lepas ini, awak jangan tanya kenapa susah nak hafal?..kenapa susah sangat nak faham atau pandai?.. Jawapannya senang awak tak jaga adab dengan tuhan,ibubapa dan guru.” Sebagai seorang guru yang kurang berpengalaman, Cikgu T juga melalui pelbagai ragam anak murid. Pelbagai cara digunakan dalam menyelesaikan masalah akhlak.
Bagaimanapun, pemulihan akhlak pelajar bukanlah “kerja sehari dua terus menjadi” seperti usaha berdakwah kepada golongan lain.Ia mengambil masa yang lama dengan membawa erti nilai KESABARAN yang tinggi serta IKHLAS dalam menyampaikannya. Sebagai seorang guru, perkara paling utama dalam sesi permulaan pembelajaran adalah mengajar tentang adab bersama guru. Walaupun subjek tersebut merupakan subjek duniawi akan tetapi ingatlah pemilik ilmu yang hakiki adalah milik Allah s.w.t. Semoga terus berbakti kepada semua guru-guru di Malaysia.