,

Allah Hanya Menerima Perkara Yang Baik Sahaja

Allah tidak menerima sesuatu amalan kecuali ia adalah baik malah suci daripada perkara-perkara yang merosakkannya seperti sifat-sifat mazmumah iaitu ujub, riak, sum’ah dan takabbur.

Amalan yang baik itu termasuklah juga berkata-kata perkataan yang baik.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلٗا كَلِمَةٗ طَيِّبَةٗ كَشَجَرَةٖ طَيِّبَةٍ أَصۡلُهَا ثَابِتٞ وَفَرۡعُهَا فِي ٱلسَّمَآءِ

“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.”

(Surah Ibrahim 14:24)

Sedangkan perkataan yang buruk itu sememangnya dilarang Allah, seperti yang dinyatakan pada ayat seterusnya.

وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٖ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ ٱجۡتُثَّتۡ مِن فَوۡقِ ٱلۡأَرۡضِ مَا لَهَا مِن قَرَارٖ

“Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.”

(Surah Ibrahim 14:24)

Jadi, apabila semuanya baik sama ada dari segi zahir dan batin, ia akan membuahkan amalan soleh yang merupakan hasil daripada keimanan yang kukuh kepada Allah.

Di samping itu, makanan yang baik dan halal juga menjadi faktor amalan seseorang itu baik dan diterima Allah. Antaranya, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis riwayat Muslim, ketika Rasulullah bercerita mengenai seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai dan berdebu rambutnya, menadahkan tangan ke langit sambil berdoa, sedangkan makanan, minuman dan pakaiannya adalah haram dan dia diberi makan dengan benda-benda yang haram, maka bagaimanakah dikabulkan permintaannya?

Sumber yang haram akan merosakkan amalan yang dilakukan.

Contohnya, seseorang yang memakai pakaian curi dan menunaikan solat, boleh jadi solatnya sah kerana cukup segala rukun, namun belum tentu amalan tersebut qabul atau diterima Allah.

Wallahu’alam.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%