Mendengar, menulis atau mendendangkan nasyid dapat menghilangkan tekanan sebentar.
Pada waktu-waktu lapang, selepas letih belajar atau sedang menyidai baju, kadang-kadang tak salah menyanyi sebentar.
Tetapi janganlah terlalu kerap hingga mengganggu kawan-kawan.
Tujuan saya membuka cerita tentang nasyid ini, sebenarnya saya adalah seorang peminat seni hiburan dan mengikuti perjalanan industri ini lama sudah.
Sejak berumur enam tahun, saya didedahkan dengan lagu-lagu irama padang pasir dan kontemporari seperti RAIHAN, UNIC, INTEAM, RABBANI, MIRWANA, FAR-EAST dan ramai lagi.
Pabila Menginjak dewasa, saya mulai cenderung mendengar nasyid yang bergenre antarabangsa pula.
Seingat saya, Zain Bhika dengan tajuk lagu ‘Give Thank To Allah’, adalah artis pertama yang membuka jendela hati saya untuk meminati muzik.
Diselangi Maher Zain yang membawa nasyid bersifat Rythme and Blues (R&B), Haris J dengan ciri Pop, dan Hafiz Hamidun dengan lirik dan lagu yang positif.
Antara tujuh artis nasyid yang paling saya hargai karya seninya adalah :
1. ZAIN BHIKA
Asal: Afrika Selatan
Album: Hope, Way of Live, Allah Knows, Mountain of Makkah, Our World dan lain-lain.
Jasa dan sumbangan: Memberi pendidikan moral kepada kanak-kanak Islam melalui program ‘The Art of Creative Expression’ dan ‘Urban Poet’.
2. SAMI YUSUF
Asal: Azerbaijan, membesar di London
Album: Al-Muallim, The Centre, Barakah, Spiritique, Shadowless (2018)
Jasa dan sumbangan: Menyatukan musik Islam dan Barat.
3. HAFIZ HAMIDUN
Asal: Malaysia
Album: Zikir Terapi Diri
Jasa dan sumbangan: Menaikkan industri nasyid tanah air Malaysia di persada dunia. Bermula dengan nasyid secara berkumpulan iaitu UNIC, kemudian bergerak sendiri sebagai pengasas syarikat rakaman Arteffect Records.
Ramai artis-artis berkualiti dihasilkan oleh syarikat rakamannya sendiri. Hafiz Hamidun juga banyak bekerjasama dengan artis-artis antarabangsa seperti Maher Zain, Mostafa Atef, dan Sami Yusuf.
Beliau juga aktif dalam bisnes pakaian dan mempunyai jenama jubah dan kurta sendiri iaitu Haje Clothing.
4. MAHER ZAIN
Asal: Lubnan
Album: Thank You Allah, Forgive Me, One
Jasa dan sumbangan: Memperjuangkan nilai kebebasan dan kemanusiaan terutamanya di negara Islam yang bergolak.
5. MOSTAFA ATEF
Asal: Mesir
Album: Tayeb Awi, Qamarun
Jasa dan sumbangan: Menghasilkan lagu berunsurkan spiritual dan tradisional.
6. YUSUF ISLAM
Asal: United Kingdom
Album: A For Allah
Jasa dan sumbangan: Antara penasyid yang terawal memeluk Islam dan mempengaruhi artis nasyid yang lain.
7. DAWUD WHANSBY ALI
Asal: Kanada
Album: A Whisper of Peace, The Poets and The Prophet, dan lain-lain.
Jasa dan sumbangan: Menghasilkan puisi-puisi Islamik dan dilagukan secara tradisional. Antara artis yang terawal memeluk Islam.
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Fajrul Islam bin Baharudin. Berasal dari Ipoh, Perak. Seorang pelajar Akidah dan Falsafah di Universiti Al-Azhar, Mesir. Minat menulis karya eceran dan karya sastera estetika. Koleksi penulisannya boleh didapati di www.tarbiahqalbu.wordpress.com
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.