, ,

Utbah Bin Rabi’ah Diutuskan Kaum Musyrikin Untuk Berunding Dengan Rasulullah, Tetapi…

Suatu hari, kaum musyrikin berkumpul dan bincang tentang siapa yang paling layak berunding dengan Muhammad (Rasulullah) yang kononnya telah memecah belahkan kelompok mereka dan menghina agama mereka.

Kemudian, mereka mencadangkan Abul Walid (Utbah bin Rabi’ah) dan dia bersetuju.  Lalu, dia bertemu Rasulullah dan bertanya beberapa soalan kepadanya.

Utbah bertanya, antara Baginda dengan Abdul Muttalib, siapa lebih baik, tetapi Rasulullah hanya diam saja. Kemudian, Utbah bagitahu yang kalau Abdul Muttablib lebih baik daripadanya, maka mereka dah sembah tuhan yang Baginda cela. Tapi, kalau dia lebih baik daripada mereka, maka cakaplah sehingga kaum musyrikin dengar perkataannya.

Setelah tu, Utbah tuduh yang Rasulullah dah pecah belahkan jemaah mereka, rosakkan urusan mereka, hina agama mereka, malah sehingga kaum Quraisy dikenali dalam bangsa Arab bahawa ada seorang penyihir.

Utbah juga ada memberi beberapa cadangan sebagai rundingan kepada Rasulullah untuk hentikan dakwahnya.

  1. Harta

Kaum musyrikin akan kumpul harta dan jadikan Baginda sebagai orang paling kaya dalam kalangan Quraisy.

2. Kedudukan

Jadikan Baginda sebagai pemimpin mereka.

3. Wanita

Baginda bebas pilih mana-mana wanita Quraisy dan mereka akan nikahkan dengan sepuluh wanita.

Lalu, apa respon Rasulullah? Baginda membaca firman Allah dalam surah Fussilat ayat 1 hingga 13.

Apabila sampai ayat 13, Utbah minta Rasulullah berhenti kerana terkejut dengan ayat-ayat tersebut, lalu dia kembali kepada orang-orang Quraisy dan berkata bahawa dia tak pernah dengar hal macam tu selama ni, dan ia bukanlah syair, sihir atau ramalan, malah dia cadangkan bahawa biarkan saja apa yang Muhammad (Rasulullah) lakukan.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr. Ali Muhammad As-Shallabi)