, ,

Tiada Perang Masa Zaman Awal Islam Di Makkah, Apa Hikmah disebaliknya?

Apa yang perlu kita sedar, hakikat sebenar yang berlaku hanya Allah Yang Maha Mengetahui, namun kita hanya sekadar mengambil pengajaran di sebalik peristiwa-peristiwa yang berlaku.

Jom kita lihat… apa hikmah kenapa tidak diperintahkan Allah untuk berperang ketika zaman awal perkembangan Islam, sedangkan pada ketika itu begitu ramai yang diseksa, ditindas dan dibunuh.

  1. Tempoh untuk mentarbiah Rasulullah dan para sahabat

Melatih kaum muslimin untuk bersabar, sebab kebiasaan adat mereka adalah tidak bersabar dan lawan kezaliman yang menimpa. Secara tak langsung, kaum muslimin belajar untuk patuh pada perintah-Nya, membangun keperibadian diri, dan bukan mengikut keinginan atau kehendak sendiri.

2. Lebih memberi pengaruh baik

Dakwah secara damai lebih banyak pengaruh yang positif sebab kalau gunakan kekerasan seperti perang, maka ia akan menambah permusuhan kepada kaum musyrikin.

3. Menghindari salah faham terhadap Islam

Apabila berlakunya perang, dalam masa yang sama Islam masih lagi baru saja bertapak di Makkah, maka ia boleh timbulkan fitnah sehingga menyebabkan kaum musyrikin beranggapan bahawa Islam disebar melalui kekerasan, malah mereka juga boleh fitnah Rasulullah bahawa Baginda telah pecah-belahkan hubungan kekeluargaan di Makkah

4. Lebih ramai yang pada awalnya musuh Islam tetapi akhirnya masuk Islam

Sekurang-kurangnya ramai yang pada awalnya jadi musuh Islam, masih lagi hidup kerana tiada peperangan, jadi ada kesempatan untuk mereka sedar tentang kebenaran Islam, termasuklah orang penting dalam Islam iaitu Umar Al-Khattab yang pada awalnya memusuhi Islam tetapi akhirnya menjadi pemimpin Islam yang sangat hebat. 

Jadi, itu adalah antara hikmah kenapa Allah masih ‘menahan’ tangan kaum muslimin daripada perang ketika di Makkah, malah para sahabat belajar bahawa sekiranya disebabkan sesuatu kebaikan terjadi lebih banyak kerosakan, maka lebih utama untuk ditinggalkan kerana ada cara yang lebih kurang kerosakannya tetapi masih dalam kerangka syariat Islam.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr. Ali Muhammad As-Shallabi)