“Hebatnya ciptaan kapal terbang.” Ya, boleh jadi itulah persoalan yang pernah bermain dalam fikiran kita. Kita berasa takjub dengan segala kemajuan dan kecanggihan teknologi hari ini. Walhal, pernahkah kita terfikir bagaimana setiap satunya bermula?
Kerana terlalu selesa menjadi umat pengguna, kita terlupa bahawa sebenarnya suatu waktu dahulu, umat Islam merupakan umat pencipta dan inovasi. Namun, bagaimana pula kini? Adakah kita tidak mampu mengejar arus kemajuan sehingga jauh ketinggalan di belakang?
Islam Pemangkin Inovasi
Islam menyeru para penganutnya untuk terus melakar kejayaan. Bukan sahaja kejayaan di dunia, bahkan di akhirat. Bukankah itu yang dilaungkan lima kali setiap hari tatkala masuk waktu solat?
حي على الصلاة
حي على الفلاح
Berjaya di dunia, berjaya di akhirat. Itulah keseimbangan dalam ajaran Islam. Firman Allah yang bermaksud: “Dan carilah pahala dan kebahagiaan hari akhirat dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu dan janganlah engkau melupakan bahagianmu daripada urusan dunia.” (Surah al-Qasas 28: 77)
Untuk berjaya di dunia terdapat bermacam-macam cara. Namun, bagi kita umat Islam, sedarkah bahawa Allah s.w.t. sebenarnya telah memberikan tip kepada kita. Mungkin sahaja kita terlepas pandang tentangnya. Tip tersebut ialah:
Baca | “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).” (Surah al-‘Alaq 96: 1) |
Perhati | “Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?” (Surah al-D |
Fikir | “Bertanyalah (kepada mereka): “Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?”” (Surah al-An'am 6: 50) |
Manakala, ciri-ciri inovatif akan mula terserlah apabila kita sudah mula berfikir. Sebagai contoh, tatkala membaca al-Quran Allah menceritakan perihal burung-burung yang mengepakkan sayapnya untuk terbang bebas di udara. Kemudian kita perhatikan dengan mata bagaimana sekawan burung sedang terbang. Lalu, kita pun berfikir: “Adakah manusia juga boleh terbang?”
Itulah jawapan kepada persoalan di awal tadi. Ya, cubaan pertama manusia untuk terbang di udara bukanlah dilakukan oleh Wright bersaudara. Sebenarnya percubaan ini telah dilakukan lebih awal lagi iaitu pada abad ke-9 Masihi oleh seorang genius bernama ‘Abbas bin Firnas dari Cordoba. Apa yang menarik, beliau ialah seorang Muslim.
Hebat bukan?
Detik Awal Perkembangan
“Mengapa kita lihat umat Islam seperti ketinggalan dalam sains dan teknologi?”
“Sebenarnya puncanya adalah kita terlalu selesa menjadi pengguna.”
“Bagaimana pula caranya untuk kita ubah perkara itu?”
Sesuatu inovasi juga tidak dapat dilaksanakan tanpa berfikir dan mengkaji tentang sesuatu yang sudah ada. Sedarkah kita tatkala kita membelek-belek sirah perjuangan Nabi, rupanya Nabi sendiri telah mengajar para sahabatnya untuk mengambil faedah daripada sesuatu yang dapat memberikan kebaikan kepada Islam.
Buktinya? Peperangan Khandaq atau disebut sebagai Peperangan Parit. Salman al-Farisi berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya di Parsi tatkala kami dikepung oleh musuh, kami akan menggali parit di sekeliling kami.”
Cadangan tersebut diterima lalu pasukan Muslimin berjaya memenangi peperangan tersebut.
Tatkala Islam semakin tersebar dan meluas sehingga meliputi seluruh semenanjung Arab, Syam, Afrika Utara dan Parsi, umat Islam mula terdedah dengan pencapaian tamadun-tamadun hebat sebelumnya seperti tamadun Rom dan Parsi. Ruang lingkup keilmuan menjadi semakin meluas melangkaui bidang ilmu keislaman.
Kerancakan umat Islam melakukan inovasi daripada pencapaian tamadun-tamadun terdahulu bermula pada abad ke-8 Masihi. Ketika itu, umat Islam dipimpin oleh seorang pemerintah yang berkaliber iaitu Khalifah Harun al-Rasyid. Beliau merupakan pemerintah kelima Kerajaan Abbasiyyah yang berpusat di kota Baghdad.
Pintu khazanah ilmu dunia seolah-olah terbuka luas di hadapan umat Islam ketika itu tatkala beliau memerintahkan supaya dibina sebuah perpustakaan terbesar ketika itu, Baitul Hikmah. Di dalamnya tersimpan pelbagai karya ilmuwan ulung daripada pelbagai tamadun silam.
Bukan itu sahaja, beliau juga memerintahkan agar karya-karya yang majoritinya berbahasa Greek, Parsi dan Hindi diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Karya seperti Almagest dan Geographia oleh Ptolemy dari Greek dan Sindhind dari India misalnya telah diterjemahkan oleh para ilmuwan Islam ketika itu.
Dialog ini pula tidak pasti antara siapa dengan siapa. Kelihatan dialog ini agak matang, seolah-olah bukan ditutur oleh abang dan adik dalam dialog di atas.
Pemangkin Inovasi
Ya, semestinya inovasi itu perlu melalui beberapa proses yang tertentu. Para ilmuwan Islam dahulu telah berjaya menjalani kesemua proses tersebut sehingga mereka boleh mendatangkan pelbagai teori dan hasil ciptaan yang baharu. Proses tersebut ialah:
Jadi, untuk mengangkat kembali umat Islam kini adalah, perlu untuk kita menjalankan semula proses ini. Caranya?
- Luaskan ruang lingkup keilmuan dalam kalangan umat Islam. Ilmu-ilmu kontemporari perlu juga dipelajari dan dikuasai oleh sebahagian umat Islam demi kebaikan umat.
- Giatkan proses terjemahan karya-karya keilmuan ulung dari dalam mahupun luar negara. Hal ini secara tidak langsung akan menyuburkan budaya keilmuan melalui pembacaan.
- Lakukan kajian terhadap penemuan yang
sedia ada agar penambahbaikan dapat dilakukan. Jangan terlalu selesa dengan apa yang ada sehingga keupayaan untuk mengkaji hanya dimonopoli oleh golongan bukan Islam.
Tokoh Inovasi Muslim
Bidang | PELOPOR | PENGINOVASI |
---|---|---|
Perubatan | Gelen | Ibn al-Nafis |
Optik | Euclid dan Ptolemy | Ibn al-Haytham |
Astronomi | Aryabhata dan Aristotle | Al-Biruni |
Geografi | Ptolemy | Al-Khawarizmi |
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Muhammad Alif Fitri Abdul Halim.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.