, ,

Ugutan Dan Seksaan Orang Quraisy Terhadap Rasulullah

“Apa yang dikatakan kepadamu (wahai Muhammad, dari celaan-celaan golongan yang ingkar, tidak lain) hanyalah seperti yang pernah dikatakan kepada Rasul-rasul yang terdahuhu daripadamu.

(Oleh itu bersabarlah dengan cekal hati menghadapinya), sesungguhnya Tuhanmu berkuasa penuh melimpahkan keampunanNya (kepada orang-orang yang taat), dan berkuasa penuh menimpakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (kepada orang-orang yang ingkar).”

(Surah Fussilat 41:43)

Sudah menjadi lumrah para nabi dan rasul, betapa besarnya ujian yang mereka hadapi untuk mengajak manusia mentauhidkan Allah .

Jom kita lihat… beberapa ugutan dan seksaan yang menimpa Rasulullah.

  1. Rasulullah hampir dipukul Abu Jahal masa solat.

Masa Rasulullah solat, Abu Jahal tekad untuk pukul kedua lutut Baginda, tapi orang-orang Quraisy tercengang lihat Abu Jahal berjalan kembali ke belakang (menjauhi Rasulullah) dengan kedua tangannya gementar.

Kemudian Rasulullah berkata: “Jika dia mendekatiku nescaya Malaikat akan memotong-motong anggota tubuhnya.”

  • Rasulullah diletakkan kotoran unta masa solat oleh Uqbah bin Abu Mu’ith dan Abu Jahal.

Masa Rasulullah solat dekat Ka’bah, orang-orang Quraisy berkumpul dan memberi cadangan untuk letakkan kotoran unta di atasnya masa Baginda sedang sujud.

Lepas tu, mereka lakukannya dan Baginda tetap dalam posisi sujud sehingga anaknya Fatimah datang untuk buang kotoran tu.

Lalu, Nabi berdoa dan sebut nama orang Quraisy satu demi satu yang terlibat. Dalam perang Badar, mereka terbunuh dalam keadaan mensyirikkan Allah.

  • Rasulullah dikerumuni orang Quirasy dan dicerca beramai-ramai.

Mereka menahan dan mengerumuni Rasulullah sambil mencercanya, bahkan ada yang ambil hujung serban Baginda dan mencekiknya, namun Baginda di pertahankan oleh Abu Bakar yang berkata: “Apakah kamu akan membunuh seorang yang berkata, “Tuhanku adalah Allah?””

  • Rasulullah dimusuhi Ummu Jamil yang banyak buat kejahatan.

Ummu Jamil adalah isteri kepada Abu Lahab iaitu pak cik kepada Rasulullah. Dia selalu melakukan adu domba, tebar duri di jalan yang dilalui Baginda, dan letak kotoran di pintu rumah Baginda.

Dalam surah Al-Masad ayat 1 hingga 5, cerita mengenai Abu Lahab dan isterinya.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr. Ali Muhammad As-Shallabi)