, ,

Tiga Komponen Penting Dalam Ilmu Usuluddin Dan Sumber Rujukannya

Ilmu usuluddin ialah ilmu yang membicarakan akidah mengenai keyakinan dan kepercayaan dalam agama Islam yang disertai dengan dalil.  

Terdapat tiga komponen dalam pengajian usuluddin. Jom kita lihat satu persatu.

1. AL-ILAHIYYAT

  • Perbahasan mengenai sesuatu yang berkaitan dengan ilah iaitu ketuhanan.
  • Fokus utama ialah mentauhidkan Allah yang memiliki segala sifat kesempurnaan.
  • Hanya Allah yang wajib disembah, dijadikan sandaran untuk berdoa dan berharap.

2. AL-NABAWIYYAT

  • Perbahasan mengenai sesuatu yang berkaitan dengan para nabi dan rasul yang terpilih untuk menyampaikan ajaran Allah kepada manusia.

3. AL-SAM’IYYAT

  • Perbahasan mengenai sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh pancaindera manusia melainkan melalui sama’ (pendengaran) daripada perkhabaran wahyu
  • Contoh: Pahala, dosa, syurga, neraka, hari kiamat

Bagaimana pula dengan sumber rujukan dalam ilmu usuluddin?

Sumber rujukan terbahagi kepada dua, iaitu:

1. DALIL NAQLIYYAH (Al-Quran dah hadith)

2. DALIL AQLIYYAH (akal)

Maka, persoalan yang sering ditimbulkan dalam disiplin ilmu usuluddin adalah seperti:

1. Dari mana asal usul manusia?

2. Siapa Pencipta bagi alam ini?

3. Kenapa manusia dijadikan?

4. Apa tujuan alam diciptakan?

5. Apa hubungan kita dengan Pencipta?

6. Wujudkah alam lain selain daripada alam ini?

7. Ada kehidupan lain selepas kehidupan di dunia ini?

8. Apa sifat-sifat Pencipta bagi makhluk?

9. Dan banyak lagi…

Maka, bersumberkan daripada dalil naqli dan aqli, segala kekeliruan berkaitan akidah telahpun dihuraikan oleh para ulama’ supaya pegangan umat Islam terhadap agama Islam itu sendiri benar-benar kukuh.

Wallahu’alam.