, ,

Dalil Keutamaan Al-Quran Dan Hadis Dalam Pengajian Usuluddin

Jumhur ulama bersepakat bahawa sumber akidah ialah al-Quran dan hadis. Antara dalil yang boleh dirujuk adalah seperti berikut:

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ

“Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).”

(Surah Al-Kahf 18:1)

Rasulullah Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku.”

(Hadis riwayat Malik)

Dalam hadis lain pula,

“Maka sesungguhnya sesiapa antara kamu yang hidup selepasku, dia akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah khalifah ar-Rasyidin;

gigitlah ia (sekuat hati) dengan gigi geraham dan hendaklah kamu jauhi perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana ia bidaah, sedangkan setiap bidaah itu sesat.”

(Hadis riwayat Ibn Majah)

Jadi, segala dalil ini menunjukkan bahawa al-Quran dan hadis menjadi sumber rujukan utama yang perlu dipegang oleh umat Islam sehingga akhir zaman supaya tidak terpesong daripada pegangan Islam yang sebenar.

Sebagai tambahan, Quran dari segi bahasa ialah ‘bacaan’ manakala dari segi istilah pula ialah ‘kalam Allah yang merupakan mukjizat yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad yang ditulis dalam mashaf dan diriwayatkan secara mutawatir malah membacanya dikira sebagai ibadat’.

Wallahu’alam.