,

Tetamu Cinta Akan Hadir Bertemu Sang Perindunya

Wahai Saudaraku,

Tidak lama lagi kita akan bertemu KEKASIH yang sentiasa menjadi kerinduan di hati sang ARIFFBILLAH.

Tidak lama lagi kita akan menerima kehadiran “TETAMU” yang penuh keberkatan dan kemuliaan di dalamnya. Itulah dia RAMADHAN AL KAREEM. InshaALLAH.

Kedatangannya bersama dengan semilir angin kelembutan penuh kasih sayang dan rahmat dari SANG PEMILIKNYA.

Kedatangannya membawa sejuta keberkatan untuk direbut oleh SANG PERINDU yang sentiasa merindui kedinginan persinggahannya yang hanya sebulan cuma.

Namun itulah saat di mana kita akan melihat SANG KEKASIH tenggelam di dalam LAUTAN CINTA ALLAH. Insha ALLAH.

Dan di dalamnya kita akan melihat SANG PERINDU menangis tanpa henti kerana bimbang kepergiannya yang pasti hanya singgah seketika. Insha ALLAH.

Wahai Saudaraku,

Tetamu itu tidak lama lagi akan mengetuk pintu rumah kita. Apakah kita sudah bersedia dengan sepenuh penyediaan untuk menyambut SANG KEKASIH kita?

Apakah kita sudah bersedia untuk merebut KEMULIAAN dan KEBERKATAN yang di bawa bersama tetamu itu?

Maka, sambutlah kedatangan bulan RAMADHAN ini dengan kerendahan hatimu. Sambutlah ia dengan perasaan penuh rindu dan kasih.

Jadikan tetamu itu sentiasa tersenyum melihat kebaikkan yang akan kita perlakukan di dalam bulannya.

Hiasilah RAMADHAN mu dengan sehabis kebajikan yang termampu untuk kita melaksanakannya. insha ALLAH.

Dan jangan sesekali kita mengusir ia pergi sebelum tiba waktu ia pergi. Kerana tanpa diusir pergi pun ia pasti akan pergi.

Maka persiapkanlah dirimu untuk menikmati manisan-manisan cinta yang dibawa khusus oleh tetamu ini kepada kita. Semuanya adalah HADIAH dari SANG KEKASIH (ALLAH) buat KEKASIHnya. (HAMBA). Insha ALLAH.

Wahai Saudaraku,

Jadikan RAMADHAN ini sebagai RAMADHAN yang paling TERBAIK daripada seluruh RAMADHAN yang pernah kita lalui dan rasai.

Jadikan lah RAMADHAN ini bagaikan RAMADHAN yang TERAKHIR buat kita agar kita berusaha untuk merebut segala kebaikkan yang di bawa bersamanya.

Kerana belum pasti kita akan bertemu dengannya lagi di hari depan. Maka pergunakanlah kehadirannya kali ini dengan sehabis baik. Insha ALLAH.

Wahai Saudaraku,

Hiasilah RAMADHAN kali ini dengan memperbanyakkan berselawat ke atas BAGINDA NABI ﷺ.

Siramilah RAMADHAN ini dengan air siraman bacaan KALAMULLAH (AL QURANUL KAREEM) yang mulia di sepanjang hari ia bertandang.

Dan penuhilah setiap waktu malamnya dengan memperbanyakkan muzakarah dan pengaduanmu kepada ALLAHU RABBUL ‘IZZATI. Insha ALLAH.

Bahkan hiasilah bibirmu dengan haruman ZIKRULLAH di sepanjang hari-harinya selama sebulan bahkan jangan pula kita hanya mengekalinya hanya di dalam bulan RAMADHAN sahaja.

Jadikan BULAN RAMADHAN ini sebagai MADRASAH untuk dirimu MUJAHADAH dengan amalan baikmu itu agar apabila keluar dari bulan RAMADHAN, maka dirimu masih mampu istiqamah dengan latihan yang telah dijalani sepanjang bulan RAMADHAN itu. Insha ALLAH

Wahai Saudaraku,

Semoga RAMADHAN ini menjadi yang terbaik buat kita semua. Senyumlah menyambut kehadirannya tidak lama lagi.

Semoga ALLAH mengurniakan kekuatan dan keteguhan iman kepada kita semua untuk memperbanyakkan amal ibadah di dalamnya dan selepas kepergiaanya nanti. Insha ALLAH..

Wahai Saudaraku,

Maka ku berpesan akan perihal ini untuk diriku terlebih dahulunya dan buat pedoman kalian semua yang membacanya. Semoga ia membawa manfaat keatasku dalam memperbaiki diri dan juga buat kalian semua. Insha ALLAH.

ﻭَٱللّٰهُ أَﻋْﻠَﻢُ بِٱﻟﺼَّﻮَٱﺏِ

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Al-Faqirah Qoba Qausain Au Adna.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%