,

Puasa: Panduan Lengkap Ramadhan 2025

panduan lengkap ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang dinantikan umat Islam.
Di bulan ini, muslim akan berpuasa selama 30 hari.

Selepas selesai puasa, tibalah Hari Raya Aidilfitri.
Hari ini adalah hari kemenangan umat Islam.

Bulan puasa dikenali sebagai bulan rahmat.
Padanya ada berkat dan manfaat.

iluvislam ingin berkongsi Panduan Ramadhan.
Panduan ini mengumpulkan kesemua soalan-soalan yang sering di tanya berkaitan Ramadhan.


Siapakah Yang Wajib Berpuasa

Bagi puasa di bulan Ramadhan, mereka yang memenuhi ciri-ciri ini diwajibkan berpuasa.

A. Baligh
B. Sihat fizikal dan akal
C. Bermukim dan tidak dalam perjalanan
D. Wanita yang suci dari haid dan nifas


Niat Puasa Ramadhan

Niat adalah syarat sah puasa. Hukumnya wajib.
Niat puasa boleh dilakukan selepas waktu berbuka sehingga waktu sahur.

Ada Ulama’ mengesyorkan niat sebulan terus.
Ada yang mengesyorkan niat setiap hari.
Mana satu lebih elok?

Persoalan ini telah dijawab oleh Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri dalam Irsyad Fatwa. (Link rujukan)

Pertama: Boleh diniatkan terus sebulan berpuasa dan ini merupakan pendapat al-Imam Zufar dan al-Imam Malik. Mereka mengatakan bahawa berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat. Ianya sepertimana solat yang mana seseorang itu hanya perlu niat dipermulaan solat dan tidak perlu mengulanginya pada rakaat-rakaat yang lain. Begitu juga pendapat mereka bagi puasa yang berturutan seperti puasa kafarah dan juga puasa kafarah bagi had zihar.

Kedua: Tidak berpada dengan niat sebulan sekaligus bahkan perlulah memperbaharui niat pada setiap malam. Ini adalah pendapat jumhur berdasarkan keumuman hadith Hafsah R.Anha sebelum ini. Ini kerana, puasa itu setiap harinya adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil). Ia tidak terikat antara satu sama lain (dengan hari lain-lainnya). Puasa pada hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak. Tidak seperti solat yang mana sekiranya batal di rakaat pertama, maka batallah keseluruhan solat itu.

doa niat puasa


Waktu Berbuka Puasa

Apabila masuk waktu Maghrib, umat Islam boleh berbuka puasa.
Tidak perlu menunggu sehingga azan selesai.

Bagi yang ingin mendapatkan jadual waktu berbuka puasa, kunjungi laman ini.

waktu berbuka puasa ramadhan 2017 kl
Klik untuk download.


Doa Berbuka Puasa

Salah satu waktu yang digalakkan untuk berdoa adalah waktu sebelum berbuka puasa.
Doa saja apa yang mahu kita pohon.

Kemudian apabila masuk waktu Magrib, baca doa buka puasa.

doa buka puasa


Juadah Berbuka Puasa

kurma puasa
Ini adalah saat yang dinantikan.
Juadah berbuka puasa.

Sunat berbuka puasa dengan buah kurma basah (rathob) dengan bilangan ganjil (1 biji, 3 biji, atau 5 biji).

Andai tiada kurma basah, boleh berbuka dengan buah kurma kering (tamar) dengan bilangan ganjil. Andai tiada buah kurma, sunat berbuka dengan air.

Paling penting, apabila berbuka puasa, makan sekadar keperluan.
Berpada-pada dan berjimat cermat.


Ibadat Semasa Berpuasa


Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan.
Pahalanya berganda-ganda.

Pada bulan ini, umat Islam berebut-rebut meningkatkan amal ibadat.

Pesan Guru, “Jadikan tarbiyah madrasah Ramadhan ini sebagi persiapan menghadapi 11 bulan yang mendatang”.

Ini adalah sebahagian daripada amalan dan ibadat-ibadat yang dianjurkan di bulan Ramadhan.

1. Segera berbuka puasa (iftar) ketika sudah masuk waktu berbuka.

2. Sahur dan melewat-lewatkannya.

3. Meninggalkan perkataan yang keji/buruk.

4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa yang mana pahalanya sama dengan pahala puasa.

5. Menjaga diri daripada perbuatan dosa sepanjang hari seperti menjaga lidah daripada caci maki, bohong, ghibah (mengumpat), namimah (mengadu domba), sombong, menipu, menyindir, ingin tahu urusan orang lain, fudhul (banyak bercakap), buruk sangka, bangga diri dan perbuatan keji yang lain.

6. Solat Tarawih dan Witir.

7. Memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, bertadarus, berbuat baik dan ihsan terhadap keluarga dan jiran.

8. Banyak bersedekah terutamanya pada hari-hari terakhir bulan puasa.

9. Mandi junub sebelum masuk fajar supaya masuk ke dalam waktu puasa dalam keadaan suci.

10. Tidak memakai wangi-wangian dan segala sesuatu yang menyegarkan tubuh setelah masuk waktu zuhur.

11. Tidak berbekam dan seumpamanya kerana ia boleh melemahkan badan.

12. Menahan diri daripada hawa nafsu pada siang Ramadan kerana ini merupakan rahsia dan tujuan puasa.

13. Memperbanyakkan doa, istighfar, selawat dan zikir-zikir lain.

14. Berdoa ketika berbuka puasa.

15. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 malam terakhir.

16. Melakukan qiamullail pada setiap malam.


Perkara Membatalkan Puasa

Ada perkara-perkara yang apabila dilakukan boleh membatalkan puasa.
Apabila ada kemusykilan, tanya pada mereka yang tahu.
Seboleh-bolehnya, kita mahu menjaga ibadat puasa ini sebaik mungkin.

iluvislam cuba mengumpulkan beberapa persoalan yang sering ditanya.
Berkaitan perkara membatalkan puasa.

1. Batalkah Puasa Apabila Korek Hidung?

Sah puasa sekiranya ia masih dalam rongga hidung tahap intinsyaq (di hadapan hidung) selama mana tidak sampai ke had khaithum (bahagian paling dalam hidung) atau had batin. Menurut satu pendapat, had batin bagi hidung ialah melepasi tulang hidung.

2. Bagaimana Kalau Muntah

Sah puasa sekiranya dia muntah dengan tidak sengaja. Namun, jika dia sengaja melihat sesuatu yang secara pasti boleh menyebabkannya muntah dan dia termuntah, maka batal puasanya. Sama juga jika dia sengaja menggosok gigi dalam keadaan dia tahu ia akan menyebabkannya muntah dan dia termuntah, maka tidak sah puasanya.

3. Adakah Batal Puasa Jika Korek Telinga

Sah puasa jika berada di permukaan atau hadapan telinga dengan syarat tidak sampai ke had batin telinga iaitu sampai kepada gegendang telinga.

4. Bolehkah Menderma Darah Semasa Puasa

Boleh dan tidak batal puasanya. Walau bagaimanapun, perbuatan itu makruh.

5. Keluar Mani Batal Puasa

Batal puasa jika keluar air mani dengan sengaja melalui perbuatan secara langsung. Namun, sah puasa jika keluar air mani pada siang hari disebabkan bermimpi kerana ia bukan perkara yang disengajakan.

6. Adakah Pakai Lipstik Membatalkan Puasa

Penggunaan gincu di siang hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa namun sekiranya ditelan (memasuki rongga) rasa yang terdapat pada gincu tersebut maka ianya membatalkan puasa. Adapun semata-mata terdapat ‘rasa’ daripada bibir yang digincu itu maka ianya tidaklah membatalkan puasa kecuali dia menelannya selepas itu.


Video Ramadhan

Dalam video ini, kita akan menonton sejarah puasa.
Bagaimana ianya bermula.
Ringkas dan menarik.

Saksikan.

What do you think?

13 points
Upvote Downvote

Total votes: 25

Upvotes: 19

Upvotes percentage: 76.000000%

Downvotes: 6

Downvotes percentage: 24.000000%