,

Taubat Malik Bin Dinar

Pada zaman dahulu ada seorang ahli sufi besar yang bernama Malik bin Dinar.

Sebelum dia menjadi seorang ahli sufi, dia adalah seorang pemuda yang sangat jahat. Kejahatannya memang diketahui oleh sesiapa sahaja di negeri itu.

Pada suatu hari ada seorang lelaki bertanya kepadanya bagaimana dia dapat mengubah kelakuannya itu.

Pada mulanya Malik enggan memberitahu tetapi setelah didesak beberapa kali diapun menceritakan kisah dirinya.

Saya adalah seorang askar. Kegemaran saya ialah meminum minuman keras.

Kemudian saya telah membeli seorang hamba wanita yang sangat cantik wajahnya. Saya sangat suka kepada gadis itu.

Oleh kerana saya mabuk saya telah menyetubuhi wanita itu sehingga beliau melahirkan seorang anak perempuan.

Saya sangat sayang kepada anak itu. Anak itulah yang menjadi sumber kebahagiaan kepada kami sekeluarga.

Kami selalu bermain bersama-sama, tetapi dia mempunyai tabiat yang ganjil iaitu dia suka merampas gelas yang berisi arak di tangan saya dan mencurahkannya ke jubah saya.

Saya sangat bencikan tabiatnya itu, tetapi kerana terlalu sayangkannya saya tidak sanggup memarahinya.

Apabila umur dia dua tahun, puteri saya itu meninggal Semenjak itu hidup saya menjadi muram disebabkan kematian puteri yang amat saya sayangi itu.

Pada suatu malam ketika saya sedang mabuk, saya terus tertidur. Di malam itu saya telah bermimpi bahawa hari akan Kiamat.

Saya lihat dalam mimpi itu manusia berduyun-duyun keluar dari kubur masing-masing lalu berhimpun di Padang Mahsyar.

Apabila saya pergi menghampiri mereka saya terdengar bunyi desiran angin di belakang saya. Sebaik sahaja saya menoleh ke belakang saya dapati ada seekor naga besar mulutnya ternganga luas.

Naga itu menuju ke arah saya kerana hendak memakan saya. Ketika itu saya berasa amat takut dan berlari sekuat hati.

Ketika saya sedang berlari itu saya ternampak seorang tua berdiri di hadapan saya. Saya menegur orang tua itu untuk meminta tolong. Tetapi dia menjawap, dia tidak berdaya kerana dia sudah tua dan lemah.

Maka saya terus berlari mungkin ada orang di hadapan saya yang boleh menolong saya. Kemudian saya bertemu dengan bukit kecil.

Saya panjat bukit itu, saya berasa amat terkejut kerana saya dapati di bawah lereng bukit itu terdapat api neraka yang sangat besar.

Tetapi tatkala saya hendak terjun ke dalam api neraka itu, tiba-tiba saya terdengar satu suara yang menyeru.

Wahai Malik, engkau sebenarnya bukanlah menjadi bahan api neraka.

Maka saya pun menoleh ke belakang dan saya ternampak orang tua yang saya temui itu dulu.

Saya merayu kepadanya supaya dia menolong saya dari bahaya naga tersebut. Akan tetapi dia masih memberikan alasan yang sama.

Akan tetapi dia telah memberikan alasan yang sama. Dia telah menunjukkan ke arah sebuah bukit yang terdapat kaum muslimin yang sentiasa berada dalam perlindungan Allah S.W.T.

Maka tanpa berlengah-lengah saya pun terus berlari ke arah bukit itu sementara naga itu masih lagi mengejar saya dari belakang.

Apabila sampai di puncak bukit itu saya nampak ada sebuah bangunan yang berbentuk tirus kubah dengan beberapa buah tingkap yang terbuka.

Pada tingkap-tingkap itu kelihatan langsir yang amat indah. Semua tingkap mempunyai pintu yang bersalut mutiara dan zamrud yang bergemerlapan.

Apabila saya cuba memanjat pintu itu saya terdengar malaikat berseru:

Bukalah tingkap itu dan selaklah kain langsir itu. Keluarlah kamu sekelian, barangkali ada di antara kamu dapat menolong orang jahat.

Apabila mereka terdengar tangisan aku, maka ramailah kanak-kanak keluar dari pintu itu dengan wajah yang berseri-seri.

Mereka memandang kepadaku dengan penuh belas kasihan kerana mereka nampak naga sedang mengejar aku.

Tiba-tiba aku ternampak anakku yang berusia dua tahun ada bersama-sama kanak-kanak itu. apabila dia melihat aku, dia menangis lalu berlari mendapatkanku.

Kemudian anakku itu menunjukkan tangannya kepada naga tersebut dan naga itupun hilang dari pandangan, aku sangat terkejut.

Aku meletakkan puteri ku itu di atas pangkuanku dan dia asyik bermain dengan janggutku.

Kemudian puteriku itupun membaca ayat Al Quran yang bermaksud:

Masihkah belum tiba bagi orang orang yang jahil itu menyembah Allah dan sedar akan petunjuk Allah terhadap diri mereka.

Sebaik sahaja saya mendengar ayat itu, saya menangis serta menyesali akan segala dosa-dosa saya yang lalu.

Kemudian sayapun bertanya kepada puteri saya itu.

Fahamkah engkau hai puteriku akan segala isi kandungan Al-Quran itu?

Benar, saya faham akan segala ayat itu..hai ayah, bahkan lebih darimu.

Jawap puteriku. Kemudian saya bertanya lagi.

Apakah naga itu sebenarnya anakku?

Maka dia pun berkata kepada saya bahawa naga itu adalah perbuatan jahat yang hampir menolak saya ke dalam api neraka.

 Tetapi siapa pula orang tua itu anakku?

Dia adalah yang telah menjadi lemah kerana perbuatan jahat berkata lagi, dia tidak dapat menolong ayah tetapi dia boleh yang telah engkau lakukan.

Jawap puteri aku seraya dia menujukkan cara untuk melepaskan ayah dari kesusahan.

Saya bertanya:

Apakah yang kamu buat di bukit ini anakku?

Ayah yang kukasihi, kami semua adalah anak anak orang Islam. Kami menunggu kamu sekelian sehingga hari akhirat. Kemudian kami meminta Allah untuk keselamatan ayah-ayah kami.

Selepas itu saya pun terjaga dari tidur dan berasa begitu gerun dengan naga tersebut lalu pun bertaubat meminta ampun dari Allah S.W.T. dan menghentikan segala perbuatan jahat.

Rujukan: Himpunan Kisah-kisah Teladan 3 terbitan Syarikat Nurulhas.