, ,

Salah Guna Produk Kesihatan: Selamatkan Keluarga Anda!

Diri atau keluarga.
Yang mana lebih kamu sayangi?

Tepuk dada tanya diri.
Of course keluarga kan.

So apa kaitan topik kita dengan keluarga?
Sihat dan keluarga.

Kita memang akan tengok Facebook setiap hari. Baca apa-apa isu yang penting sekarang tak?

Antara isu sekarang yang sentiasa terpapar di Facebook ialah bab KESIHATAN.

Kamu tidak tahu?

Jom ambil tahu!

Sekarang sangat ramai dalam kalangan ibu bapa kita yang sangat minat dengan produk kesihatan yang dijual di pasaran. Sebut saja nama, semua mereka kenal. Bukan setakat kenal tetapi ada yang menjadi peminat setia.

Produk jus.
Jamu.
Produk pemakanan sunnah.
Ubat tidak berdaftar.

Apa sebab mereka nak makan produk begitu?

Of course untuk sihat akan tetapi bukan semakin sihat malah mengundang bermacam jenis penyakit pula.

Oleh itu, tolonglah pantau ibu bapa dan keluarga anda jika mereka menggunakan produk kesihatan yang dijual di pasaran. Pastikan ianya selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada keluarga kita.

Sayangkan keluarga kan? Jom kita bertindak segera dan sama-sama menjadi orang yang berilmu.
Jangan kata kita tidak tahu.

Pada masa kini hanya “search” dan maklumat berada di hujung jari saja. Antara mahu ataupun tak mahu saja.

Jangan sampai kita terlambat untuk selamatkan keluarga tersayang kita.
Lebih baik ambil tindakan segera sebelum terlambat.

Jangan terlambat!
Jangan terlambat!

Orang cakap menyesal kemudian sudah tidak berguna.
Tolonglah jaga kesihatan anda dan keluarga!

Hargailah nikmat sihat yang Allah berikan kepada kita.

Kalau kita tengok mereka yang bekerja dalam bidang kesihatan. Mereka sangat bersemangat untuk menyebarkan ilmu dan kesedaran kepada masyarakat tentang kesihatan.

Kerana apa?

Mereka concern pasal kesihatan anda kerana mereka tahu keadaan pesakit-pesakit yang berada di dalam wad, yang berada di hospital. Mereka tahu semua itu.

Mereka yang berurusan dengan pesakit.
Bila mana pesakit datang ke hospital kerana kesan sampingan ubat yang tidak berdaftar.
Datang akibat kegagalan buah pinggang akibat makan jamu.
Buat pemeriksaan kesihatan, paras gula tiba-tiba tinggi.
Tidak pernah ada tekanan darah tinggi, tiba-tiba kena darah tinggi.

Kemudian jika keadaan teruk, kena berada dalam wad. Apabila doktor suruh makan ubat, berdegil nak makan produk yang dia beli.

Tidak percaya dengan ubat hospital.

Apabila keadaan tidak baik, salahkan ubat hospital yang tidak memberi kesan.

Maka peninglah para doktor dan nurse nak melayan kerenah ahi keluarga kita.

Kita?

Turut saling salah-menyalahkan. Dan akhirnya siapa yang rugi?

Pesakit.

Doktor dan nurse tidak rugi apa-apa.
Kakitangan kesihatan pun tidak rugi.

Sebelum itu terjadi, tolonglah selamatkan keluarga kita.
Prevention better than cure.

Jika ditanya kamu pernah pergi ke hospital? Melawat saudara di dalam wad atau kamu sendiri pernah ada pengalaman admit dalam wad?

Bagaimana rasanya?

Apabila melihat pesakit terbaring di katil.
Menahan kesakitan.
Hilang selera makan.
Mata merenung sayu kepadamu.
Menghitung hari untuk pulang ke rumah.

Apa perasaan kamu?

Sedih apabila melihat situasi di hospital. Bertambah sedih apabila jika kita atau keluarga kita masuk hospital kerana salah guna produk kesihatan.

Kamu tidak tahu.
Kamu tidak rasa semua itu.
Kamu tidak nampak semua itu.

Jika kamu berada di hospital, kamu akan menghargai nikmat kesihatan yang Allah berikan.

Keluarga saya pernah makan produk pemakanan sunnah yang dijual di pasaran. Apabila dengar sahaja pemakanan sunnah, maka kita akan beranggapan bahawa ianya selamat dan baik untuk kesihatan.

So, apa lagi, makanlah tanpa ragu-ragu.

Tetapi ada sesuatu yang meragukan saya kerana produk tersebut boleh menghilangkan sakit sendi dan sakit lutut dalam masa yang singkat.

Sangat tidak logik.
Produk pemakanan sunnah tetapi berfungsi ibarat ubat painkiller.

Guess what?

Rupa-rupanya produk tersebut mempunyai bahan terlarang iaitu steroid. Tahu tak steroid ini adalah ubat terkawal yang hanya boleh didapati melalui preskripsi daripada doktor. Hanya boleh ambil dengan nasihat daripada doktor.

Jika ambil tanpa kawalan?

Sangat banyak kesan sampingan steroid antaranya untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan tulang rapuh dan risiko kerosakan buah pinggang. Ia juga berisiko untuk mereka yang ada penyakit kencing manis dan darah tinggi.

So, apabila saya selidik dan cari tahu rupanya produk tersebut tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan produk tersebut telah di banned.

Alhamdulillah, keluarga saya dah lama stop pemakanan segala jenis produk pemakanan ataupun produk kesihatan yang ada di pasaran. Kami kembali kepada amalkan pemakanan yang sihat dengan diet yang seimbang.

Jika anda ingin menggunakan apa-apa produk di pasaran, ia tidak menjadi masalah asalkan anda selidik dan cari tahu terlebih dahulu.

Pastikan produk tersebut berdaftar dengan KKM. Jika tidak pasti, anda boleh tanyakan kepada mereka yang pakar dalam bidang kesihatan iaitu para doktor dan ahli farmasi.

Jangan terlalu taksub dengan produk yang kita tidak tahu tahap keselamatannya kerana kebanyakan kesan sampingannya kita akan dapat dalam jangka masa yang lama.

Selamatkan keluarga kita.
Jom kita sihat dengan cara yang sihat dan selamat.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Bachok, Kelantan. Merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda farmasi di UKM. Layari FB page Skirt Labuh untuk melihat koleksi handbag mampu milik, jam tangan, tudung dan baju.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.