, ,

Merancang Kehamilan Di Era Moden

Hadirnya membawa rahmat dan rezeki

Antara hikmah utama perkahwinan adalah memanjangkan zuriat keturunan. Anak merupakan penyejuk mata hati dan mampu mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan.

Malahan, cahaya mata merupakan manfaat yang bangsa dunia dan juga akhirat.

Hadirnya anak bersama rezeki yang dikongsi seisi keluarga. Justeru,  Usah terlalu obses menganggap jatuhnya status kehidupan dan ekonomi sesebuah keluarga berpunca kerana ramainya anak.  

Allah  ﷻ berfirman: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takutkan kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu.” (Surah al-Isra 17:31)

Dari sudut lain, hakikat masa hadapan seorang mukmin adalah setelah meninggalkan dunia ini.

Justeru, harta yang paling bermanfaat ketika itu adalah doa daripada anak-anak yang soleh.  

Amat beruntunglah mereka yang menerima doa dari anak-anak yang soleh, malahan mendapat rahmat dari Allah ﷻ dari amal-amal soleh yang dilakukan anak-anaknya.

Abu Hurairah melaporkan, “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih riwayat Muslim)

Apa Kata Ilmu Sains?

Sains kesihatan moden amat menggalakkan pasangan merancang kehamilan. Jarak masa yang ideal untuk hamil adalah kira-kira dua tahun selepas kelahiran sebelumnya.

Hal ini dapat menyegarkan kembali mental dan fizikal ibu.

Jasmani si ibu memerlukan waktu untuk pulih dari tekanan pasca kelahiran di samping dapat menepati gizi dan diet yang seimbang semasa proses menjarakkan kehamilan.

Dalam pada itu, dikatakan penjarakan kehamilan ini dapat memastikan kelahiran berikutnya sihat dan mengurangkan risiko kelahiran bayi yang tidak normal.

Kehamilan yang terlalu kerap juga ditakuti boleh mencederakan emosi dan jiwa wanita akibat tekanan perasaan dan rehat yang tidak cukup.

Ibu yang bekerjaya terpaksa memerah keringat, masa, fikiran, dan kesabaran demi memastikan tanggungjawab yang terpikul dibahunya dapat dilunaskan.

Realiti ini menyebabkan ramai dalam kalangan keluarga Islam mengambil langkah merancang kehamilan demi memastikan kehidupan  yang lebih teratur dan lancar.

Dalam kesibukan kerjanya, tugasnya sebagai seorang isteri, ibu, dan suri rumah tidak pernah selesai selagi anak-anak dan suami belum ‘tutup mata’.

Alangkah penat fizikal dan jiwa si isteri dan ibu sedang Allah ﷻ mencipta wanita lemah berbanding lelaki.

Paling dibimbangi, kasih sayang dan pendidikan anak-anak boleh terabai kerana kekangan masa dan kewangan.

Perkara ini juga ada betulnya jika difikirkan sedalam-dalamnya. Hanya badan yang menanggung sahaja yang benar-benar faham.

Mental dan sikap ibu juga boleh berubah daripada bersifat lembut menjadi agresif kerana tekanan yang wujud di sekitarnya.

Pandangan Sarjana Islam

Merancang kehamilan terbahagi kepada tiga kategori.

Pertama, harus merancang keluarga jika ia dilakukan bagi memelihara kesihatan setelah mendapat nasihat daripada doktor pakar sakit puan.

Kedua, makruh berbuat demikian sekiranya ia hanya sekadar suka-suka di samping risau terhadap rezeki pasangan dan anak pada masa hadapan.

Ketiga, haram merancang keluarga jika ia dilakukan hanya kerana takut miskin.

Nabi ﷺ menyarankan agar umatnya berkahwin dan mendapatkan zuriat yang ramai.  

Hadis yang dilaporkan oleh Abu Daud dan al-Nasai bermaksud: “Kahwinlah perempuan yang pengasih dan dapat melahirkan anak yang banyak.” 

Kesimpulannya, merancang keluarga mestilah mendapat keizinan daripada pasangan masing-masing.

Jika tidak, hukumnya boleh berubah daripada harus kepada haram kerana ia termasuk dikira menzalimi pasangan atau tidak taat kepada arahan suami.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Khairudin Shaary.

Anda berminat untuk menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam dan berpeluang memenangi hadiah Utama RM300 dengan cara menghantar artikel hasil penulisan anda? Klik sini (Tarikh tutup: 15/11/2018. Artikel terpilih akan disiar sehingga 15/12/2018)

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%