Apa yang kita suka semuanya terdapat di dalam syurga tetapi semua yang berada di syurga berkali ganda lebih elok daripada yang berada di dunia.
Contohnya kalau kita suka kereta di dunia, di syurga lagi berjuta kali ganda eloknya kereta itu.
رأت ... فيها ما لا عين
Nikmatnya di dalam syurga itu adalah nikmat yang mata tidak pernah terlihat.
ولا أذن سمعت…..
Dan telinga tidak pernah terdengar.
ولا خطر على قلب بشر....
Dan hati tidak pernah merasa.
Maka, betapa nikmatnya syurga sehingga tidak terbayang oleh mata, telinga dan hati.
Di antara bentuk kenikmatan itu, Allah jadikan penduduk syurga pada usia kesempurnaan.
Usia dimana mereka boleh menikmati segala keindahan syurga dengan maksimum. Mereka masuk syurga di usia 33 tahun.
Dalam hadis dari Muadz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
يَدْخُلُ أَهْلُ الجَنَّةِ الجَنَّةَ جُرْدًا مُرْدًا مُكَحَّلِينَ أَبْنَاءَ ثَلَاثِينَ أَوْ ثَلَاثٍ وَثَلَاثِينَ سَنَةً
Penduduk surga akan masuk surga dalam keadaan jurdan, murdan, bercelak, di usia 30 atau 33 tahun.
(HR. Ahmad 7933, Turmudzi 2545, Ibnu Abi Syaibah dalam Mushanaf 34006 dan dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth).
Jurdan, bentuk jamak dari kata ajrad [arab: أجْرَد ] artinya: orang yang tidak memiliki bulu rambut di badannya.
Murdan, bentuk jamak dari kata amrad [arab: أمرد ] artinya: orang yang tidak memiliki bulu rambut di dagunya. (keterangan As-Sindi – Tahqiq Musnad Ahmad, 13/316)
Perkongsian oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi slot Mau’izati yang ke udara di IKIMfm, menceritakan Abu Hurairah pernah menyebut Rasulullah bersabda:
Kelompok pertama umatku yang akan masuk ke dalam syurga nanti, wajah mereka bagaikan bulan purnama.
Kelompok umatku selepas itu bagaikan bintang yang paling terang sinarnya di langit.
Setelah itu umat manusia mempunyai tingkatan yang berbeza keadaannya.
Mereka tidak kencing, tidak membuang air besar, tidak meludah mahupun mengeluarkan hingus.
Sisir mereka diperbuat daripada emas dan perak.
Peluh mereka berbau kasturi, semerbak bauan daripada kayu gaharu dan isteri-isteri mereka di kalangan bidadari syurga.
Berdasarkan hadis di atas, dapat disimpulkan bahawa ahli syurga tidak berhadas kecil dan besar di syurga dan peluh mereka berbau wangi.
Itulah antara nikmat syurga bagi menghargai hambanya yang beramal soleh di dunia.
Mari kita perbanyakkan amal soleh agar ditempatkan di syurga Allah kelak.
Rujukan:
Youtube Ustaz Azhar Idrus Official: Nikmat Syurga & Azab Neraka
Sunnah.com, Riyad as-Salihin 1891, Buku 19, Hadith 23
https://konsultasisyariah.com/21750-berapa-usia-penghuni-surga.html
Hajah Fairuz Hj. Noordin, 6 Julai 2017: Nikmatnya Di Syurga , IKIM