, ,

Rawatan Islam – Sudahkah Memenuhi Tuntutan Syariah?

Kaedah Rawatan Islam merupakan satu kaedah perubatan yang semakin popular dalam kalangan masyarakat di Negara kita pada hari ini.

Kaedah ini telah mengambil alih peranaan dukun, pawang dan bomoh yang sangat terkenal dalam masyarakat Melayu sejak beberapa dekad yang lalu.

Rawatan Islam ini biasanya digunakan bagi merawat penyakit yang melibatkan gangguan Jin dan sihir seperti hesteria, saka, santau dan lain-lain lagi.

Dalam kaedah rawatan Islam, perawat biasanya membaca ayat-ayat Al-Quran (ruqyah) dan doa-doa yang diajarkan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W bagi menggantikan jampi dan mentera yang dibaca oleh bomoh dan pawang.

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut tentang Rawatan Islam, elok rasanya kita menelurusi punca atau penyebab kepada penyakit atau gangguan yang dialami oleh pesakit.

Punca utamanya ialah jin atau pun syaitan sebagaimana Allah berfirman

Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), Padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitanlah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia.” (Surah Al-Baqarah 2:102)

Ramai di antara perawat yang melakukan rawatan Islam pada hari ini mungkin tidak menyedari terdapat beberapa perkara yang dilakukan bertentangan dengan syariah Islam dan sangat mustahak untuk diperbaiki.

Perkara pertama ialah batasan antara lelaki dan perempuan. Terdapat ramai perawat lelaki semasa merawat pesakit wanita duduk berhadapan antara satu sama lain, meletakkan tangan di atas kepala, menyentuh beberapa bahagian badan walaupun berlapik dan sesetengahnya pula meriba dan memegang pesakit.

Suka diingat bahawa merawat pesakit bukanlah sesuatu yang darurah kerana ianya boleh dielak.

Perbuatan begini boleh mendatangkan fitnah kepada rawatan yang mulia ini. Sepatutnya perawat lelaki membaca ruqyah dan diperdengarkan kepada pesakit perempuan di sebalik tabir tanpa melihat aib perempuan.

Ini kerana jin dan syaitan takut kepada ayat-ayat ruqyah yang diajar  oleh Rasulullah S.A.W bukan kepada sentuhan perawat.

Meniup bacaan ayat suci Al-Quran pada air juga merupakan satu sunnah Rasulllah S.A.W.

Ingatlah bahawa yang menyembuh penyakit ialah kuasa Allah S.W.T. Maka, peliharalah syariat Allah ini. Ianya berbeza apabila perawat dan orang yang dirawat daripada jantina yang sama.

Perkara kedua ialah ramai perawat menggunakan bahan-bahan rawatan yang tidak terdapat nas sama ada daripada al-Quran ataupun hadis nabi S.A.W.

Biasanya perawat menggunakan bahan-bahan yang telah diruqyah untuk memagari sesuatu tempat daripada gangguan jin dan syaitan. Sebenarnya kita tidak dapat mengetahui perkara ghaib tanpa panduan Al-Quran dan hadis.

Ketiga kebanyakan perawat apabila memerlukan bahan daripada tumbuhan seperti daun, akar dan sebagainya meminta pengambil bahan tersebut memberi salam kepada Nabi Alias A.S kerana menganggap Nabi Ilias dan Nabi Khaidir masih hidup dan masing-masing menjaga darat dan laut.

Sedangkan menurut Ibn Katsir ramai imam mengatakan keduanya telah wafat berdasarkan ayat Al-Quran surah Al-Anbia 34.

Hadis yang mengatakan Nabi Khaidir akan berhadapan dengan dajal adalah hadis gharib (ganjil) dan mauduk (ditolak).

Kesimpulannya sebagai perawat Islam sewajarnya menjaga dan mematuhi syariat demi memartabatkan Islam yang mulia

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Ab Kadir bin Abd Muluk (AKBAM).

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%