Masa awal penyebaran Islam, Al-Quran banyak memfokuskan tentang aqidah, hari kiamat seperti syurga dan neraka, termasuklah pemahaman terhadap qadha dan qadar.
Dalam surah Al-Qamar ayat ke-49 ada dinyatakan, “Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).”
Jadi, Rasulullah membentuk jiwa para sahabat tentang kepentingan qadha dan qadar yang beri manfaat pada mereka untuk kebaikan dunia dan akhirat. Antaranya ialah:
- Menjadikan sahabat nabi kuat ibadahnya kepada Allah.
- Menjadikan sahabat nabi bebas diri daripada syirik, sebab mereka percaya bahawa kemuliaan, kehinaan, berjaya atau gagal semuanya ditentukan Allah.
- Menjadikan sahabat nabi berani dan bersedia untuk berjuang, sebab mereka percaya bahawa ajal, maut semuanya ditentukan Allah.
- Menjadikan sahabat nabi sabar dan bersedia menghadapi kesusahan.
- Memberi ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan lapang dada kepada sahabat nabi.
- Memuliakan jiwa dan memerdekakan diri sahabat nabi daripada penghambaan terhadap makhluk kepada penghambaan terhadap Allah.
Ketika Rasulullah mentarbiah para sahabat, Baginda tidak hanya sekadar melihat kerangka rukun-rukun iman saja, tetapi turut diselitkan tentang manusia, kehidupan, alam semesta dan hubung kait antara semua tu.
Tujuannya? Supaya mereka terpandu di atas cahaya-Nya, faham tujuan hidup di atas bumi, melakukan apa yang dikehendaki Allah dan menjauhkan diri daripada tahyul atau khurafat.
Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr. Ali Muhammad As-Shallabi)