,

Kenapa Darul Arqam Dipilih Sebagai Pusat Dakwah Pada Awal Islam?

Pada awalnya, urusan dakwah dilakukan di rumah Rasulullah dan Khadijah, tapi sejak pengikut Islam jadi ramai, markas mereka diubah ke rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam yang lebih dikenali sebagai Darul Arqam.

Apa yang berlaku sehingga menyebabkan pusat dakwah terpaksa ditukar daripada rumah Rasulullah ke Darul Arqam?

Ia adalah kerana pertikaian yang berlaku antara orang Islam khususnya Sa’ad bin Abi Waqqas dan orang Quraisy yang mengganggu urusan ibadah solat orang Islam hingga berlaku pertumpahan darah.

Jadi, bagi memastikan urusan dakwah dapat berjalan lancar, Rasulullah menukar markas yang baharu.

Tapi, kenapa rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam yang dipilih? Bukan rumah sahabat nabi yang lain?

  1. Berita bahawa Al-Arqam masuk Islam masih belum dikenali, jadi orang Quraisy sendiri takkan sangka yang Rasulullah dan para sahabat akan berkumpul di rumah tu.
  2. Al-Arqam berasal dari Bani Makhzum iaitu kabilah yang ada konflik dengan Bani Hashim, jadi orang Quraisy sendiri takkan sangka Rasulullah akan pergi ke situ, kerana seolah-olah bertemu dengan musuh kaumnya.
  3. Al-Arqam adalah seorang pemuda Islam yang berusia enam belas tahun, jadi orang Quraisy sendiri takkan sangka Rasulullah akan buat pertemuan di rumah tu, kerana mereka anggap bahawa pasti Rasulullah akan berkumpul di rumah para sahabat yang lebih tua, atau berkumpul di rumahnya sendiri.

Jadi, pemilihan Darul Arqam ni ada hikmahnya dari segi keamanan dan kerahsiaan dakwah, supaya mudah untuk para sahabat menuntut ilmu agama dengan Rasulullah tanpa ada sebarang ancaman luar.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr. Ali Muhammad As-Shallabi)

What do you think?

13 points
Upvote Downvote

Total votes: 15

Upvotes: 14

Upvotes percentage: 93.333333%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 6.666667%