,

Ramai Tidak Tahu Bagaimana Rasulullah Memberi Pendidikan Bersifat Fizikal Kepada Para Sahabat

Adakah Rasulullah hanya banyak memfokuskan kepada pengisian rohani kepada para sahabat sehingga mengabaikan pengisian jasmani atau fizikal?

Sudah tentu tidak.

Sedangkan, tubuh badan ni sangat penting untuk agar pelaksanaan ibadah dapat dilakukan dengan sebaiknya, tanpa berlebih-lebihan atau terus mengabaikannya.

Jadi, antara pendidikan fizikal yang ditekankan kepada para sahabat ialah:

  1. Mengatur keperluan terhadap makan dan minum.
  2. Mengatur keperluan terhadap pakaian. Contohnya, pakaian yang tutup aurat, jaga tubuh daripada cuaca panas atau dingin, dan sunnah untuk pakai baju yang baik untuk tunaikan solat di masjid.
  3. Mengatur keperluan terhadap tempat tinggal.
  4. Mengatur keperluan terhadap nikah, sekaligus mengharamkan zina.
  5. Mengatur keperluan terhadap wang, harta, kekayaan, dan kekuasaan mengikut syariat yang sepatutnya.
  6. Mengatur kekuasaan dengan cara haramkan kezaliman, permusuhan dan tindakan keji.
  7. Mengatur keperluan untuk bekerja yang mengikut syariat, malah bersedia memikul tanggungjawab dakwah dan lakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menjadi saham pahala di akhirat kelak.
  8. Diingatkan agar menjauhi sikap angkuh, sombong dan bangga diri atas nikmat yang dikurniakan Allah.

Melalui pendidikan fizikal ni, dapat disimpulkan bahawa Rasulullah sangat menekankan tarbiah untuk mencergaskan fizikal para sahabat, dengan tujuan supaya mereka mampu pikul beban jihad, hadapi rintangan dakwah dan kesusahan hidup.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr. Ali Muhammad As-Shallabi)

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%