“Bild al-Syam negeri Syam adalah Biladul barakah, negeri yang berbarokah. Biladul Iman wal Islam, negeri yang penuh dengan keimanan dan keislaman.”
Hari ini di Syiria, setiap masa para penduduknya sedang berjuang sehari-hari dengan bom, senjata, penyiksaan dan pembataian tanpa belas kasihan. Apa yang terjadi di Syiria bukanlah hanya “Konflik Perang Saudara” tetapi perjuangan atas hak dan batil.
“Eropah: Samsung atau iphone
Malaysia: Tiktok atau Smule
Afrika: Makan atau Minum
Syria: Hidup atau Mati”
Isu Syria ini jika dikaji sudah berlaku pada zaman pemerintahan Hafez Al-Assad, iaitu bapa kepada Presiden Bashar Al-Assad.
Kini, konflik Syria telah masuk ke fasa baru di mana Rejim Syiah Nusairiah telah bergabung dengan kuasa besar Rusia.
Bayangkan di taman permainan, di sekolah, di bangunan rumah, di tempat-tempat ramai penduduk baik orang dewasa, warga tua mahupun kanak-kanak, bom digugurkan dari kapal perang dari atas tanpa sedikit pun rasa belas.
Kanak-kanak tadi yang sedang bermain, warga tua tadi yang sedang tidur dan orang dewasa tadi yang sedang melakukan pekerjaan harian meninggal dalam sekelip mata.
“Mana perasaan marah kalian dengan perbuatan hina Rejim Bashar Al-Assad ini? Jika penduduk itu ahli keluarga kalian sendiri, apakah perasaan kalian saat ini? Ketahuilah, hakikat mereka adalah saudara se-Islam kita!!”
Ada air mata yang sentiasa mengalir saat kaki melangkah ke kem-kem pelarian Syria. Bukan air mata penduduk itu tapi air mata daripada para sukarelawan sendiri.
Keberuntungan buat negeri Syam… keberuntungan buat negeri Syam… keberuntungan buat negeri Syam.
Sungguh jiwa mereka hidup walau sekitarnya dipenuhi dengan mayat para syuhada.
Sungguh jiwa mereka hidup walau sekitarnya dipenuhi jalan-jalan yang berdarah bagai air hujan bercampur darah pekat merah yang terus mengalir dari atas ke bawah.
Sungguh jiwa mereka hidup walau makanan hari-hari cuma roti busuk, cebisan sisa makanan, rumput hijau atau bahkan berhari-hari tidak jumpa apa itu makanan.
Sungguh jiwa mereka hidup walau mereka teraniaya dengan tidak diberi hak selayaknya seorang manusia, diseksa fizikal dan mental, dibakar hidup-hidup, dirogol di hadapan ahli keluarga, dipenjara tanpa sebab, dibunuh, disembelih, dipukul, ditanam hidup-hidup, bahkan diinjak-injak kehormatan diri di tanah sendiri.
Raut wajah mereka itu masih mampu tersenyum menanti kehadiran sukarelawan yang datang membantu. Dari golongan kanak-kanak mahupun dewasa akhlak mereka “Subhanallah” cerminan akhlak yang dianjurkan dalam Al-Quran dan Hadis.
Wahai kalian yang sangat dicintai Allah s.w.t. Wahai kalian umat Nabi Muhammad s.a.w.
Apa yang bakal kalian perjuangkan di akhirat sekiranya ditanya tentang usahamu membela nasib penduduk Syria?
Sabda Rasulullah: “Daripada Abu Said al-Khudri RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)
Berdoalah buat mereka dan ringankanlah bebanan mereka dengan bantuan dan sumbangan.
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Hannani Juhari, berasal dari Johor Bahru, Johor. Meminati penulisan bergenre islamik. Ikuti perkembangan beliau di media sosial Facebook Tarbiah Santai, Blog https://lovehaniee.blogspot.com/ dan Wattpad MisSh9.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.