,

Perjanjian Rasulullah Dengan Ghatfaan Dalam Perang Ahazab Yang Ramai Orang Tak Tahu

Dalam perang Azhab antara kaum Muslimin melawan pakatan yahudi, Quraisy dan Ghathafan, Rasulullah tahu bahawa yahudi dan Quraisy sememangnya mempunyai kepentingan politik untuk menghapuskan Islam, tetapi Ghathafan yang bergabung dalam pakatan itu hanya sekadar menginginkan sumber kekayaan Madinah.

Jadi, Rasulullah melakukan rundingan dengan pemimpin kabilah Ghathafan iaitu Uyainah bin Hishn dan Al-Harits bin Auf. Mereka bertemu bersama beberapa beberapa pengawal di belakang parit dan bersembunyi supaya tidak diketahui oleh pihak lain.

Antara cadangan perjanjian damai kaum Muslimin dengan kabilah Ghathafan ialah:

  1. Ghafhafan meninggalkan kaum Muslimin dan hentikan segala bentuk peperangan terhadap kaum Muslimin, khususnya dalam jangka waktu peperangan tersebut.
  2. Ghathafan mengakhiri pengepungan terhadap Madinah dan pulang semula ke tempat asal mereka.
  3. Sebagai balasan, kaum Muslimin akan menyerahkan satu pertiga hasil kurma Madinah selama satu tahun penuh, lagipun itulah tujuan Ghathafan menyertai pakatan perang bersama musyrikin iaitu ingin hasil bumi Madinah.

Namun, ketika Rasulullah berbincang dengan para sahabat, Sa’ad bin Mu’adz dan Sa’ad bin Ubadah iaitu pemimpin kalangan Anshar menyatakan pandangan bahawa mereka ingin sahaja berperang dan tidak perlu diberikan hasil bumi Madinah kepada kabilah Ghathafan, sedangkan pada awalnya cadangan Baginda itu adalah demi kepentingan dan kasih sayang kepada kaum Muslimin.

Akhirnya, Rasulullah menerima pandangan para sahabat dan membatalkan perjanjian damai dengan kabilah Ghathafan.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)