, ,

Peringatan Untuk Orang Yang Bersedekah

فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ  ٥

5.  Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa,

وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ  ٦

 dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga) 6  

Seringkali kita merasa berat untuk bersedekah, namun percayalah dengan ganjaran yang Allah simpan untuk kita.

Dengan pemberian ketika memberi, jangan melihat berapa bilangan yang kita beri, tetapi anggaplah kecilnya pemberian kita dibandingkan dengan apa yang Allah akan beri kepada kita.

Anggaplah pemberian itu kecil berbanding dengan apa yang Allah akan beri kepada kita. 

Orang yang memberi perlu ikhlas kerana Allah lalu percaya dengan balasan yang Allah beri kepadanya.

Dia tahu apa yang dikeluarkannya, bukan pergi kosong tetapi ada balasan. 

Bukan hanya sekadar balasan, balasannya jauh lebih besar berbanding apa yang dikorbankan.

Apakah yang boleh didapati oleh orang yang berkeyakinan sedemikian. Dia akan melihat pemberiannya kecil berbanding apa yang didapat. 

Semacam orang yang nak dapat ikan besar, guna ikan kecil, gunalah umpan yang lebih besar.

Adakah kita sayang umpan kita dimakan oleh ikan? Semestinya tidak kerana kita mendapat ikan yang lebih besar. 

Demikian orang kalau bersedekah, tengok apa yang lebih besar akan diberikan oleh Allah.

Allah SWT menjamin kepada orang yang memberi, ikhlas dan berkeyakinan akan dibalas dengan dipermudahkan urusannya di dunia dalam berbuat amal soleh.


فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلۡيُسۡرَىٰ  v

7.  maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.

وَسَيُجَنَّبُهَا ٱلۡأَتۡقَى  ١٧

17.  Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu,

Allah akan menjauhkan orang yang bertakwa daripada neraka. Siapakah orang yang bertakwa?

ٱلَّذِي يُؤۡتِي مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ  ١٨

18.  Yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya,

-QS Al-Layl:5,6, 7, 17-18

Iaitu orang yang berzakat.

Jadikanlah zakat kita sebagai cara penyucian harta dari benda-benda yang tidak elok. 

Seolah-olah apabila kita memberi harta kepada orang, asbab orang itu terima ia telah membersihkan diri dan harta kita.

Elakkan mengungkit-ungkit. Iaitu mengungkit-ungkit pemberian kita kepada orang lain. 

Golongan yang tidak dipandang Allah di akhirat nanti adalah apabila dia memberi, dia mengungkit-ungkit pemberiannya.

Jadi, ketika bersedekah, kita yang mendapat untung kerana kita telah membersihkan dua perkara:

- Kebersihan hati dari sifat kedekut

- Kebersihan harta supaya berkat (Harta yang diinfakkan akan menjadi benteng kepada harta kita)

Kesimpulannya, ketika seseorang itu bersedekah, dia mendapat tiga perkara, pertama, Allah memberi ganjaran syurga kepadanya. 

Kedua, dia dipermudahkan urusan dunia akhirat dan yang ketiga, dia dapat membersihkan diri dan hartanya dari perkara yang tidak elok. 

Jadi, marilah kita bersedekah tanpa ragu-ragu lagi kerana pastinya ganjaran yang besar menanti kita, tidak diberi didunia, semestinya diberi di akhirat.

Rujukan:

Cocombee, Peringatan Untuk Orang Yang Bersedekah.. ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Al-Qur'anul Karim, Surah Al-Layl:5,6, 7, 17-18

https://www.youtube.com/watch?v=5iIOrjf1vdU

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%