,

Perbincangan Rasulullah Dan Quraisy Untuk Memasuki Makkah

Beberapa orang dari kafilah Khuza’ah termasuk Budail bin Warqa bertemu Rasulullah dan memberitahu bahawa kaum Quraisy tetap ingin menghalang kaum Muslimin daripada memasuki Makkah untuk menunaikan umrah.

Lalu, Baginda memberitahu tujuan baik kedatangan mereka ke Makkah bukan untuk berperang dan mengingatkan bahaya yang akan menimpa Quraisy jika terus berperang, malah Baginda sendiri menawarkan perjanjian damai.

Budail dan kawan-kawannya menyampaikan penjelasan Rasulullah kepada kaum Quraisy, namun kaum Quraisy tetap dengan pandangan bahawa mereka tidak membenarkannya.

Sikap Rasulullah yang sanggup menawarkan perjanjian damai dilihat seolah-olah ‘mengalah’ dengan kaum Quraisy sedangkan boleh saja mereka terus menyerang kaum Quraisy. Namun, ada beberapa faedah yang boleh dipelajari, antaranya:

  • Perjanjian itu menjamin sikap neutral kaum Quraisy bagi melepaskan mereka daripada semua pertikaian yang terjadi dalam kalangan bangsa Arab.
  • Rasululah bertekad untuk tetap mempunyai hubungan baik dengan kaum Quraisy bagi mendinginkan panasnya peperangan dan melemahkan semangat mereka untuk berperang.
  • Rasulullah menginginkan bani Khuza’ah beserta kelompok yang lain tahu bahawa kaum Muslimin adalah persekutuan yang kuat dan boleh dipercayai.
  • Pihak luar yang tahu bahawa Rasulullah datang ke Makkah untuk beribadah bukannya berperang, mereka akan bersimpati pada kaum Muslimin yang akan menyebelahi kaum Muslimin bukannya menyebelahi kaum Quraisy yang dilihat zalim tidak memberi keizinan.

Sikap lemah lembut Rasulullah menunjukkan bahawa kita boleh berusaha untuk berunding dengan kaum musyrikin selagi mana ia tidak menyebabkan kaum Muslimin melanggar syariat Islam.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)