, ,

Perancangan Jahat Malik Bin Auf Dalam Perang Hunain

Malik bin Auf adalah pemimpin kabilah-kabilah Hawazin dan Thaqif. Dia telah melakukan beberapa perancangan jahat dalam mempersiapkan pasukan untuk melawan Islam.

1. Membakar semangat pasukan.

Malik berdiri di tengah-tengah pasukan dan memberikan kata-kata semangat. Antaranya, “Muhammad sebelumnya tidak pernah berperang sama sekali, dia hanya mengirim kaum yang tidak berpengalaman, mereka tidak tahu apa itu perang, kerana itu mereka mudah dikalahkan.”

2. Mengumpulkan isteri dan harta pejuang di belakang pasukan.

Tujuannya adalah supaya pejuang akan terus berperang dan tidak melarikan diri kerana sudah pasti mereka ingin mempertahankan keluarga dan harta mereka, sudah pasti mereka tidak akan meninggalkan medan perang.

3. Memegang pedang dan mematahkan sarung pedang.

Tujuannya adalah sebagai lambang keteguhan dalam menghadapi pihak lawan sehinggalah mereka menang atau mati dalam medan peperangan. Kata Malik, “Jika kamu melihat musuh, patahkan sarung pedang kamu, seranglah mereka dengan keras seperti menyerang satu orang.”

4. Memasang perangkap untuk menyerang kaum Muslimin.

Malik tahu kawasan yang dijangka akan menjadi tempat peperangan, jadi dia menjadikan kawasan sekeliling itu penuh dengan perangkap sehingga memberi kesan kepada kekuatan tentera Islam.

5. Menyerang tentera Islam terlebih dahulu.

Kebiasaan peperangan akan berpihak pada pasukan yang menyerang terlebih dahulu jika dibandingkan dengan pasukan yang menjadi pertahanan, jadi itulah yang dipegang Malik sehingga dia memilih untuk menyerang tentera Islam terlebih dahulu. Namun, dengan izin Allah, tentera Islam tetap mampu meraih kemenangan.

6. Melancarkan perang urat saraf terhadap tentera Islam.

Puluhan ribu kuda dibawa dalam medan perang, termasuklah kaum wanita yang berbaris di pasukan belakang dan menaiki kuda, secara tidak langsung seolah-olah menampakkan bahawa jumlah pasukan mencapai seratus ribu pejuang, sedangkan realitinya tidak sebegitu. Namun, ia tetap memberi kesan psikologi kepada pihak lawan.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 4

Upvotes: 3

Upvotes percentage: 75.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 25.000000%