Dalam usaha membina masyarakat muslim, menjaga keadaan masyarakat, maka syiar-syiar ibadat diwajibkan secara bertahap pada dua tahun pertama hijrah.
Jom kita lihat, apa syiar ibadat yang telah ditetapkan…
- Pensyariatan ibadat puasa
Berlaku pada bulan Sya’ban tahun kedua hijrah. Allah mewajibkan puasa dan menjadikannya salah satu rukun Islam.
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah 2:183)
- Pensyariatan zakat fitrah
Berlaku pada bulan Ramadan tahun kedua hijrah. Allah mewajibkan zakat fitrah ke atas setiap orang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan, anak kecil atau orang dewasa.
Daripada Abdullah Ibn Abbas: “Rasulullah Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam mewajibkan zakat fitrah sebagai pembersih dosa bagi orang yang berpuasa, memberi makan kepada orang-orang miskin. Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat (Aidil Fitri) maka zakatnya diterima, dan sesiapa menunaikannya setelah solat, maka itu merupakan sedekah biasa sahaja.” (Hadith riwayat Abu Daud)
- Pensyariatan solat Aidil Fitri
Rasulullah keluar bersama para sahabat ke tempat solat sambil mengumandangkan tahlil, takbir serta mengagungkan nama Allah.
- Pensyariatan zakat mal (harta)
Allah mensyariatkan zakat sebagai salah satu rukun Islam, iaitu selepas bulan Ramadan tahun kedua hijrah.
Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)