, ,

Akhlak Para Sahabat Ketika Mendengar Ucapan Rasulullah

Para sahabat begitu menjaga adab kepada Rasulullah, terutamanya apabila Baginda berbicara. Nak tahu bagaimana akhlak mereka yang boleh kita contohi?

Jom kita lihat… moga-moga kita dapat aplikasikan ketika mendengar ayat Al-Quran atau hadith Rasulullah dibacakan kepada kita.

  • Berdiam serta mendengar dengan baik

Jika Rasulullah bercakap, maka para sahabat duduk dengan lurus, seolah-olah kepala mereka dihinggapi burung. Setelah Baginda habis bercakap, maka mereka pun bercakap.

  • Meninggalkan perselisihan dan tidak memotong percakapan
  • Meminta Rasulullah mengulangi perkara yang kurang jelas
  • Memperkuat hafalan, mendalami makna, dan berusaha mengamalkannya
  • Bertanya kepada Rasulullah bertujuan untuk menambah ilmu dan amal

Pertanyaan para sahabat bukan untuk sia-siakan waktu atau main-main kerana mereka tahu Rasulullah tidak suka perbuatan banyak bertanya yang tidak berguna.

  • Tidak bertanya tentang perkara-perkara mutasyabihat (tidak jelas, mempunyai kiasan)
  • Melihat kelapangan masa Rasulullah untuk bertanya sesuatu
  • Tidak bertanya tentang perkara-perkara yang tidak dibahas agama

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.

Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu pernah ditanyakan (kepada Nabi mereka) oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu, kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu (kerana setelah diterangkan, mereka tidak menerimanya).” (Surah Al-Maaidah 5:101-102)

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)