,

Panasnya api neraka!

Kisah mengenai api neraka sudah banyak diceritakan baik di dalam Al-Quran atau di dalam hadis. 

Api neraka akan digunakan kelak untuk membakar hamba-hambaNya yang zalim. 

Neraka sememangnya menjadi misteri buat setiap manusia di dunia kerana hakikat sebenar neraka dan syurga hanya Allah S.W.T. yang tahu.

Kita selaku hambaNya perlu berbuat amal kebajikan bagi menghindari panasnya api neraka yang kelak akan membakar sekujur tubuh hambaNya yang dimasukkan ke neraka. 

Walaupun keberadaan neraka belum tampak dan diketahui, akan tetapi selaku umat islam haruslah meyakini bahawa tempat ini telah dipersiapkan Allah S.W.T.

Sebagai tempat bagi hambaNya yang melakukan perbuatan jahat seperti kezaliman  dan keingkaran.

Diriwayatkan di dalam hadis, bahawa panas api neraka mencapai 70 kali ganda panasnya dari api di dunia, tentu saja wapnya mampu membakar tubuh-tubuh manusia yang berdosa di neraka. 

Tahukah, ternyata api neraka pernah dibawa oleh Malaikat Jibril ke dunia

Pada mulanya, sang malaikat meminta api neraka yang berukuran buah kurma sahaja, tetapi penjaga neraka menolaknya.

Mengingatkan ukuran tersebut mampu memusnahkan tujuh lapis langit dan seluruh bumi kerana dari panasnya dan pada akhirnya api yang dibawa ke bumi hanya sebesar zarah.

Dari Abu hurairah R.A. menyatakan bahawa Rasullullah S.A.W. bersabda yang ertinya api yang biasa kalian hidupkan merupakan sebahagian dari 70 bahagian panasnya neraka Jahanam.

“Ya Rasullullah, demi Allah, sungguh api dunia ini benar-benar cukup panas,” ungkap para sahabat.

Nabi Muhammad S.A.W. pun melanjutkan, “tetapi sungguh api neraka Jahanam 69 kali lebih panas dibandingkan api dunia, yang masing-masing bahagian sama panasnya dengan api dunia”  (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Begitulah dahsyat panasnya, dikisahkan semasa Nabi Adam A.S. turun ke dunia, dia menghadapi masalah dalam menjalani kehidupannya. 

Untuk memperoleh makanan, terlebih dahulu harus bekerja keras. 

Ketika sudah mendapatkan bahan makanan, akan tetapi bahan-bahan tersebut tidak boleh digunakan seperti di syurga, harus diolah lagi kemudian baru boleh dinikmati

Caranya adalah dengan memasak menggunakan api. Nabi akhirnya memohon kepada Allah S.W.T. agar diberikan api. 

Selanjutnya Allah S.W.T. mengutus Malaikat Jibril agar meminta sedikit api neraka daripada malaikat Malik penjaga neraka, untuk keperluan nabi Adam tersebut.

Wahai Jibril, berapa banyak yang kau inginkan?”,tanya Malaikat Malik.

Jibril: Aku minta api neraka berukuran sebuah kurma.

Malik: Jika aku berikan api neraka berukuran sebuah kurma, maka tujuh lapis langit dan seluruh bumi akan hancur meleleh disebabkan panasnya!

Jibril: Kalau begitu berikan padaku ukuran separuh buah kurma saja!

Malik: Jika aku berikan api sebesar separuh kurma, maka langit tidak akan mampu menurunkan air hujan setitis pun dan air di bumi akan mengering sehingga tidak ada satu pun tanaman yang hidup kerana panasnya.

Malaikat kemudian bertanya kepada Allah S.W.T berkaitan jumlah api yang sesuai untuk dibawa ke bumi.

Allah berfirman: Ambillah api neraka sebesar zarah!

Malaikat Malik kemudian mengambil api neraka sebesar zarah iaitu ukuran paling kecil dari atom lalu diserahkan kepada Malaikat Jibril. 

Malaikat Jibril merasakan api yang sebesar zarah masih terlalu panas untuk Nabi Adam.

Lalu api neraka tersebut terpaksa didinginkan dengan mencelupkannya ke dalam sungai di syurga sebanyak 70 buah sungai, setiap satu sungai 70 kali celupan.

Setelah selesai dan dirasa tidak terlalu panas, maka Malaikat Jibril membawakan api neraka ke bumi. 

Sebelum diberikan kepada Nabi Adam, api neraka tersebut diletakkan di atas gunung yang tinggi. 

Ternyata gunung tidak sanggup menahan panasnya api yang hanya seukuran biji zarah tersebut. 

Ketika api tersebut diletakkan, gunung tersebut hancur-lebur kerana tidak mampu menahan panasnya api neraka yang seukuran biji zarah.

Batu-batu, tanah dan besi serta semua yang ada di sekitar gunung, serta di dalam tanah dan di atas daratan menjadi bara api yang sangat panas dan mengeluarkan asap tebal. 

Ternyata, api neraka itu menembusi sehingga ke perut bumi serta menyebabkan keluarnya bara api yang sangat besar di dalam perut bumi. 

Dahsyatnya api yang ditinggalkan kerana ia merupakan warna hitam pekat bukan berwarna merah menyala.

Api yang digunakan pada hari ini adalah dari sisa-sisa bara api yang telah membakar tanah, batu, besi dan bara api yang berada di perut bumi. 

Kadar panasnya sudah jauh berkurang beratus juta kali ganda dari panasnya api neraka.

Hakikatnya, asap yang keluar dari pecahan gunung itulah yang digunakan oleh Nabi Adam untuk keperluannya memasak. 

Inilah serba sedikit kisah tentang api neraka yang pernah diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Adam A.S.  

Begitu mengerikan api neraka Jahanam, panasnya bukan main-main, tetapi panasnya sangat luar biasa.

Rujukan:

La Tahzan: Kisah Malaikat Jibril Membawa Api Neraka Ke Bumi (Dunia)

Tafakkur Fiddin, Kisah Api Neraka Diturunkan Ke Bumi Untuk Nabi Adam Masak.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%