,

Bagaimana Harta Rampasan Perang Bani Quraizah Dibahagikan Sesama Kaum Muslimin?

Kaum Muslimin mendapat harta rampasan perang bani Quraizah yang ditinggalkan, iaitu:

  1. Pedang sejumlah 1500 bilah
  2. Tombak sejumlah 2000 bilah
  3. Baju besi sejumlah 300 buah
  4. Perisai sejumlah 1500 buah
  5. Sejumlah besar kambing, unta, perabot-perabot rumah dan bejana (bekas)

Bagi harta rampasan yang bergerak seperti senjata, perabot dan lain-lain diagihkan antara kaum Muslimin yang terdiri daripada Muhajirin dan Anshar.

Namun, bagi harta rampasan yang tidak bergerak, ia hanya diberikan kepada golongan Muhajirin saja, tetapi Baginda turut memerintahkan golongan Muhajirin untuk mengembalikan semula pohon kurma dan tanah yang selama ini mereka telah manfaatkan, kepada pemilik asalnya iaitu golongan Anshar.

Pemberian harta rampasan yang bergerak dibahagikan sebegini:

  1. Tentera penunggang kuda mendapat tiga bahagian (satu bahagian dirinya, dua bahagian kuda)
  2. Tentera berjalan kaki mendapat satu bahagian
  3. Allah dan Rasul mendapat satu bahagian seperti yang tertera dalam kitab (iaitu satu perlima daripada harta rampasan perang)

Tidak terlupa, Baginda juga memberi bahagian kepada:

  1. Ahli waris Khallad bin Suwaid yang telah dibunuh seorang wanita yahudi menggunakan batu penggiling gandum.
  2. Ahli waris dua sahabat Nabi yang meninggal dunia ketika mengepung yahudi bani Quraizah.
  3. Kaum wanita yang turut membantu dalam perang bani Quraizah namun bukannya bahagian khusus. Antaranya ialah Shafiyah binti Abdul Muttalib, Ummu Amarah, Ummu Salith, Ummu Ala’, Sumaira’ binti Qais dan Ummu Sa’ad binti Mu’adz.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)