, ,

Kisah Masyitah Yang Membuatkan Ramai Orang Tersentuh

Korang pernah dengar kisah tentang Masyitah iaitu tukang sikat rambut anak perempuan Firaun?

Kalau korang cari di internet, memang ada banyak version. Boleh jadi korang pun confuse dan tak tahu kisah mana yang betul atau mana yang ada unsur tokok tambah.

Jadi, ada baiknya kalau saya share kepada korang kisah Masyitah daripada sumber yang tepat, iaitu rujukan daripada kitab hadith Musnad Ahmad (no. 2682 versi Al-Alamiyah).

Dah bersedia?

Sediakan tisu… sebab kalau korang betul-betul hayati kisah ni, korang pasti akan mengalirkan air mata.

Jom kita baca kisah yang menyayat hati ni.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا كَانَتْ اللَّيْلَةُ الَّتِي أُسْرِيَ بِي فِيهَا أَتَتْ عَلَيَّ رَائِحَةٌ طَيِّبَةٌ فَقُلْتُ يَا جِبْرِيلُ مَا هَذِهِ الرَّائِحَةُ الطَّيِّبَةُ فَقَالَ هَذِهِ رَائِحَةُ مَاشِطَةِ ابْنَةِ فِرْعَوْنَ وَأَوْلَادِهَا قَالَ قُلْتُ وَمَا شَأْنُهَا قَالَ بَيْنَا هِيَ تُمَشِّطُ ابْنَةَ فِرْعَوْنَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ سَقَطَتْ الْمِدْرَى مِنْ يَدَيْهَا فَقَالَتْ بِسْمِ اللَّهِ فَقَالَتْ لَهَا ابْنَةُ فِرْعَوْنَ أَبِي قَالَتْ لَا وَلَكِنْ رَبِّي وَرَبُّ أَبِيكِ اللَّهُ قَالَتْ أُخْبِرُهُ بِذَلِكَ قَالَتْ نَعَمْ فَأَخْبَرَتْهُ فَدَعَاهَا فَقَالَ يَا فُلَانَةُ وَإِنَّ لَكِ رَبًّا غَيْرِي قَالَتْ نَعَمْ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ فَأَمَرَ بِبَقَرَةٍ مِنْ نُحَاسٍ فَأُحْمِيَتْ ثُمَّ أَمَرَ بِهَا أَنْ تُلْقَى هِيَ وَأَوْلَادُهَا فِيهَا قَالَتْ لَهُ إِنَّ لِي إِلَيْكَ حَاجَةً قَالَ وَمَا حَاجَتُكِ قَالَتْ أُحِبُّ أَنْ تَجْمَعَ عِظَامِي وَعِظَامَ وَلَدِي فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ وَتَدْفِنَنَا قَالَ ذَلِكَ لَكِ عَلَيْنَا مِنْ الْحَقِّ قَالَ فَأَمَرَ بِأَوْلَادِهَا فَأُلْقُوا بَيْنَ يَدَيْهَا وَاحِدًا وَاحِدًا إِلَى أَنْ انْتَهَى ذَلِكَ إِلَى صَبِيٍّ لَهَا مُرْضَعٍ وَكَأَنَّهَا تَقَاعَسَتْ مِنْ أَجْلِهِ قَالَ يَا أُمَّهْ اقْتَحِمِي فَإِنَّ عَذَابَ الدُّنْيَا أَهْوَنُ مِنْ عَذَابِ الْآخِرَةِ فَاقْتَحَمَتْ

Rasulullah Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

Di malam aku di Isra’kan, aku mencium aroma yang sangat harum, lalu aku bertanya kepada Jibril, Wahai Jibril, aroma wangi apakah ini?

Jibril menjawab,

Ini adalah aroma wanginya tukang sikat puteri Firaun dan anak-anaknya. Aku berkata, Ada apa dengannya?

Jibril menjawab,

Suatu hari, dia menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikatnya terjatuh daripada tangannya, lalu dia mengucapkan, Bismillah, maka puteri Firaun berkata, (maksudnya) Ayahku.

Dia menjawab,

Tidak, akan tetapi Tuhanku dan Tuhan ayahmu adalah Allah. Puteri Firaun mengancam, Aku akan memberitahukannya tentang itu! Dia menjawab, Silakan.

Maka puteri Firaun memberitahukannya, lalu Firaun memanggil tukang sikatnya seraya berkata,

Wahai Fulanah, apa benar engkau memiliki Tuhan selain diriku? Dia menjawab, Ya, Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.

Maka Firaun memerintahkan untuk diambilkan patung sapi yang terbuat daripada tembaga lalu dipanaskan, kemudian memerintahkannya beserta anak-anaknya agar melompat ke dalamnya.

Tukang sikat itu berkata,

Aku punya satu keperluan kepadamu. Firaun berkata, Apa keperluanmu? Dia menjawab, Aku meminta agar engkau mengumpulkan tulang-tulangku dan tulang anak-anakku di dalam satu kain lalu menguburnya. Firaun berkata, Itu hakmu atas kami.

Lalu Firaun memerintahkannya agar melemparkan anak-anaknya di hadapannya satu persatu, hingga tinggal anaknya yang masih menyusu, ia tampak terpukul (tidak terdaya) kerana anak tersebut, tetapi anak tersebut berkata, Wahai ibuku, tabahkanlah, sesungguhnya azab dunia lebih ringan daripada azab akhirat. Maka dia pun tabah.

(Hadith riwayat Ahmad)

Allahuakbar….