,

Ciri-Ciri Ajaran Sesat Yang Perlu Diketahui

Ajaran sesat ialah ajaran yang kononnya berdasarkan ajaran Islam,

Tetapi hakikatnya ia bertentangan dengan al-Quran, hadis dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mereka mempunyai pegangan agama yang tidak betul dan menyeleweng daripada Islam yang sebenar.

Ajaran sesat telah mula bertapak secara senyap di Tanah Melayu sejak abad ke-15 melalui konsep animisme, dinamisme dan ajaran Hindu-Buddha.

Setelah itu, kedatangan kumpulan Syiah seperti Saba’iyyah, Kamiliyyah dan Imamiah menyebabkan ajaran sesat semakin meluas.

Ajaran sesat paling lama bertapak di Malaysia ialah ajaran Taslim.

Yang dibawa Ahmad Matahari pada tahun 1870-an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulang Pinang.

Ajaran ini mula berkembang ke negeri-negeri lain pada ketika itu.

.

.

.

Antara ciri-ciri ajaran sesat adalah seperti berikut:

  • Mereka terlalu mendewa-dewakan pemimpin sehingga tahap seolah-olah tuhan. Contoh, pengikut ajaran sesat Qadiani anggap bahawa pemimpin mereka sebagai  jelmaan tuhan.

  • Mereka ubah bentuk cara ibadah. Contoh, ajaran sesat Bahai kurangkan puasa wajib pada bulan Ramadan kepada 19 hari dan solat hanya guna niat sahaja.

  • Mereka kotorkan kesucian kitab al-Quran dan hadis Nabi. Contoh, ajaran sesat Bahai telah mansuhkan semua kitab samawi dengan adanya kitab rujukan mereka yang dipanggil bayan.

  • Pemimpin ajaran sesat mengaku sebagai nabi atau Imam Mahdi, bahkan ada yang mengaku bahawa Allah menjelma di dalam dirinya.

  • Mereka dakwa bahawa ajaran mereka sahaja yang benar dan dijamin masuk syurga.

Jadi, bagi mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan ajaran sesat, carilah guru yang betul untuk dijadikan sebagai rujukan dalam mempelajari ilmu agama.