Ada beberapa ajaran sesat yang dikenali di Malaysia dan mempunyai pengikut tersendiri.
Antaranya ialah ajaran sesat Millah Abraham @ Ibrahim, Bahai dan Ahmadiah. Jom kita baca bersama-sama.
.
.
(a) Ajaran sesat Millah Abraham @ Ibrahim
Mereka mendakwa adanya rasul selepas Nabi Muhammad.
Mereka mensyirikkan golongan yang tidak mengikuti ajaran ini.
Mereka tidak menunaikan solat lima waktu dan solat jumaat.
Mereka memahami al-Quran berpandukan tafsiran sendiri.
Mereka menggabungkan tiga ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi
.
.
(b) Ajaran sesat Bahai
- Bermula di Iran pada abad ke-19 yang mendakwa al-Bahai (Mirza Hussin Ali) ialah nabi yang baharu.
- Menggunakan kitab al-Bayan sebagai rujukan, sekaligus memansuhkan segala ajaran yang ada dalam kitab samawi seperti Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran.
- Menyeru kepada penyatuan agama Yahudi, Nasrani dan Islam dengan hujah bahawa semua datang daripada Tuhan yang sama.
- Memansuhkan syariat Islam dan membuat syariat baru, contohnya solat sembilan rakaat sehari semalam dan menghadap kiblat tempat di mana al-bahai berada.
- Mempertikaikan hadis Nabi Muhammad yang diragui kebenarannya dan mentafsir al-Quran mengikut hawa nafsu sendiri.
- Merasakan bahawa inilah satu-satunya ajaran yang patut berada di bumi, sehinggakan penganut Bahai boleh membunuh sesiapa yang menentang ajaran mereka.
.
.
(c) Ajaran sesat Ahmadiah / Qadiani
- Diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad al-Qadiani pada tahun 1889 di India.
- Ajaran Ahmadiah diambil bersempena nama pengasasnya, manakala Qadiani diambil bersempena nama tempat lahirnya.
- Menggunakan rujukan kitab Tadzkirah.
- Menganggap bahawa Mirza Ghulam Ahmad ialah nabi yang menerima wahyu, atau sebagai Imam Mahdi, atau kelahiran semula Nabi Isa kerana bagi mereka Nabi Isa telah mati dan kuburnya di Srinagar.
- Mereka menunaikan haji di Qadian, India.