, ,

Kisah Ajaib Orang Yang Ikhlas.

Kisah ini mengenai orang yang bersedekah tiga kali selepas solatnya. Pada malam pertama, dia berkata, “Ya Allah, malam ini saya mahu bersedekah.

Tunjukkan saya seseorang yang memerlukan sedekah saya.” Lalu, dia keluar dari rumahnya.

Dia menemui seorang lelaki. Dia berkata kepadanya, “ini adalah sedekah untukmu.” Lalu dia memberikan wangnya kepada lelaki tersebut.

Keesokan harinya, tersebar berita mengatakan seorang pencuri mendapat sedekah.

Lalu, lelaki tersebut merasa bersalah kerana telah menyedekahkan wangnya kepada pencuri.

Pada malam kedua, dia berdoa lagi kepada Allah, ‘Ya Allah, tunjukkan saya seseorang yang berhak menerima sedekah.

Saya akan memberikan harta saya kepadanya. Semoga menjadi manfaat kepadanya.” Dia pun keluar dari rumah lalu bertemu seorang perempuan.

Dia pun bersedekah kepada perempuan itu. Keesokan harinya, telah tersebar berita mengatakan seorang penzina mendapat sedekah

Lelaki itu berasa menyesal kerana merasa sedekahnya sia-sia.

Pada malam ketiga dia berdoa lagi, “Ya Allah, kali ini berilah petunjuk kepadaku. Aku ingin bersedekah kepada orang yang berhak menerima sedekah.”

Dia keluar dari rumahnya. Kemudian,dia bertemu seorang lelaki. Lalu, dia memberikan sedekah kepada lelaki itu.

Lelaki itu diam sahaja sambil mengambil sedekah itu

Keesokan harinya, tersebar berita mengatakan terdapat seorang kaya menerima sedekah.


Tiga kali dia bersedekah, tiga kali dia merasa gagal, bersalah dan menyesal di atas sedekahnya kerana telah bersedekah kepada orang-orang yang salah dan berasa Allah tidak mengabulkan permintaannya

Malam keempat, dia tidur dan dia bermimpi. Dalam mimpinya, Allah mengutus seorang malaikat untuk memberitahu tentang sedekahnya.

Malaikat mengatakan sedekah pertamanya diterima Allah kerana apabila dia bersedekah kepada seorang pencuri.

Sedekah itu telah menghalang pencuri itu dari mencuri kerana dia tidak perlu mencuri lagi untuk mendapatkan harta.

Sedekahnya yang kedua juga Allah terima kerana melalui sedekahnya.

Menghalang seseorang dari berzina kerana dia telah mendapatkan apa yang dia perlukan sehingga tidak perlu berzina.

Sedekahnya yang ketiga juga Allah terima, kerana dengan sedekahnya.

 Menyedarkan orang kaya yang kedekut sehingga sekarang dia menjadi seorang kaya yang dermawan.

Inilah keberkatan dari niat yang baik. Ini adalah penjelasan dari hadith,

                                       إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرئ ما نوى

 Ertinya : Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niat, sesungguhnya Allah memberi ganjaran sesuai dengan apa yang diniatkan.

Allah tidak melihat penampilan kalian, perbuatan kalian, tetapi apa yang Allah lihat ialah isi hati kalian.

Apa yang boleh diambil pelajaran dari kisah di atas ialah berbuat baiklah dengan niat yang ikhlas. Sebagai contoh, bersedekah.

Kadang-kadang kita meragui adakah sedekah kita itu disalurkan ke pihak yang betul kerana kita sememangnya hendak mengelak dari penipuan sindiket sedekah.

Namun begitu, yakinlah dan teruslah bersedekah kerana Allah Maha Melihat dan In sha Allah sedekah kita itu akan bermanfaat kepada orang lain.

Rujukan:

Video ceramah Ustaz Hanan Attaki: Kisah Ajaib Orang Yang Ikhlas

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%