,

Kisah Badwi Dan Seorang Habasyi Yang Memilih Untuk Mati Syahid

  • Kisah badwi yang memilih mati syahid

Seorang badwi telah beriman kepada Rasulullah dan berhijrah mengikut Baginda. Kemudian, dalam perang Khaibar, ketika umat Islam mendapat harta rampasan perang, badwi tersebut turut mendapat bahagiannya.

Namun, apa yang mengejutkan, badwi itu bertemu Rasulullah dan bertanya: “Apa ini, wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Bahagian yang aku berikan kepadamu.”

Badwi itu berkata: “Aku mengikutimu bukan untuk ini, aku mengikutimu agar aku dipanah di bahagian ini – dia menunjuk leher – kemudian aku mati dan masuk syurga.”

Rasulullah bersabda: “Bila engkau jujur kepada Allah, Dia akan jujur kepadamu.”

Setelah itu, dalam peperangan, badwi itu mendapat mati syahid seperti yang diinginkannya. Apa yang lebih mulia, Rasulullah mengkafankan dengan jubahnya dan sembahyangkannya.

  • Kisah hamba habasyi yang memilih mati syahid

Seorang hamba habasyi berkulit hitam yang berada di Khaibar tertanya-tanya dengan penduduk Khaibar yang pada ketika itu bersiap-siap untuk berperang. Setelah ditanya, baru dia tahu bahawa yahudi Khaibar ingin memerangi orang yang bagi mereka mengaku Nabi itu, iaitu Rasulullah.

Maka, hamba itu mendatangi Rasulullah bersama dengan kambing peliharaan milik tuannya. Setelah bertemu dengan Rasulullah, hati hamba itu terpaut dengan Islam dan bersama-sama dengan kaum Muslimin untuk memerangi yahudi Khaibar.

Dalam peperangan kaum Muslimin bersama yahudi, hamba itu termasuk antara sahabat yang mati syahid.

Kata Rasulullah: “Sungguh Allah memuliakan hamba itu dan menuntunnya ke Khaibar. Aku melihat dua bidadari di dekat kepalanya sekalipun dia belum solat untuk Allah walau satu kali pun.”

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%