, ,

Kita Takkan Mampu Balas Pemberian Nikmat Allah S.W.T

Banyak disebut di dalam Al-Quran, Allah memerintahkan hambaNya untuk mengingati nikmat. 

Bukan untuk menghitung nikmat disebabkan Allah sendiri sudah menyebut di dalam Al-Quran, bahawa manusia atau makhluk yang mukallaf tidak dapat menghitung bilangan dan besarnya nikmat yang diberikan Allah.

وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٞ رَّحِيمٞ  ١٨

18.  Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. - QS An-Nahl:18

Jadi, di dalam ayat ini, Allah menyuruh hambanya mengingati nikmat yang diberi, bukan menghitung 

Ini kerana manusia tidak akan mampu menghitung nikmat Allah dan orang itu apabila hendak menghitung nikmat akan berfikir, bagaimana hendak membalas kepada yang memberi. 

Bukankah di dalam hadis Nabi S.A.W. bersabda:

Siapapun orang yang berbuat baik kepada kamu, maka balas kebaikan itu.

Apabila seseorang memberi kepada kita, kita mampu membalas kebaikannya. 

Tetapi kebaikan Allah yang sentiasa berulang, kita tidak mampu membalasnya. 

Setiap kali Allah suruh di dalam Al-Quran kepada kita untuk ingat kepada nikmat, bukan untuk menghitung nikmat kerana kita tidak mampu menghitungnya. 

Oleh sebab ini, kata Nabi Daud AS ketika ingin bersyukur kepada Allah, “Ya Rabbi, bagaimana aku ingin bersyukur kepada engkau. 

Jika aku bersyukur baik dengan perkataan atau perbuatan. 

Alhamdulillah, perbuatan dan perkataan itu nikmat dari engkau yang aku mesti bersyukur dengan nikmat syukur. 

Syukur akan nikmat syukur, bilamana syukur yang kedua untuk nikmat syukur yang pertama, syukur yang ketiga itu tambahan nikmat lagi, mesti aku bersyukur, sampai bila tidak akan ada penghujungnya.

Allah: Wahai Daud, kau tidak tahukah bahawa kau sudah tidak mampu memenuhi hak nikmat aku untuk disyukuri. 

Maksudnya, sentiasa yang kamu dapat nikmat dari Allah yang kamu hendak bersyukur dengan menunaikan hak syukur nikmat.

Itu adalah hakikat syukur engkau kepada Allah SWT

Allah memberitahu tentang apa sahaja nikmat yang didapati oleh kita baik dengan usaha kita atau melalui orang lain, datangnya nikmat itu secara hakikatnya dari Allah.

Apa saja nikmat yang kita dapat, hakikatnya nikmat itu datang kepada kita daripada Allah.

Rujukan:

Cocombee, Kita Takkan Mampu Balas Pemberian Nikmat Allah SWT.. ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid 

https://www.youtube.com/watch?v=iUvhFgE9Fh0

Al-Qur'anul Karim, Surah An-Nahl:18

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%