, ,

Kita Tidak Tahu Isi Hati Orang

وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُطۡلِعَكُمۡ عَلَى ٱلۡغَيۡبِ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَجۡتَبِي مِن رُّسُلِهِۦ مَن يَشَآءُۖ فَ‍َٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۚ وَإِن تُؤۡمِنُواْ وَتَتَّقُواْ فَلَكُمۡ أَجۡرٌ عَظِيمٞ  ١٧٩                                                                                                   

Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar.

-QS Ali-‘Imran: 179

Allah pun tidak mahu menunjukkan kepada kita perkara yang ghaib. 

Jika kita melihat orang dari luar kita tidak dapat menilai samada dia munafik atau tidak.

Mengapa Allah tidak tunjuk? 

Supaya kita tidak mudah menghukum orang lain dengan isi hati orang tetapi Allah menzahirkan secara praktikal melalui perbuatan yang dinampakkan oleh mereka sendiri.

‘Perbuatan yang tidak betul, akhirnya akan terungkap kebenarannya’

Allah menunjukkan perbuatan orang munafik ketika di dalam Perang Uhud. 

Baginda yang membawa Rasullullah ketika berperang dengan kaum musyrikin daripada 1000 orang tentera, 300 daripadanya berpatah balik.

Antara orang-orang munafik ketika itu ialah:

  • Abdullah Ibn Ubai B. Salul
  • Munafiqin
  • Dikejutkan tambahan 300 orang
  • Perbuatan kufur mereka dizahirkan dengan sikap mereka sendiri. 

    Pengajarannya di sini agar kita yang beriman tidak mudah untuk menghukum orang lain dengan apa yang tersimpan di hatinya

    Kerana Allah tidak mengajar kita untuk menghukum orang lain dengan apa yang disimpan di hati orang tersebut.

    Yang berhak menghukum isi hati adalah Allah. 

    Jika semua orang dapat tahu apa yang tersimpan di hati seseorang, maka tidak seorangpun boleh hidup tenang kerana semua orang mengetahui apa isi hati sesama mereka.

    Jika segala perkara ghaib dizahirkan oleh Allah, kita akan seronok pada awalnya. 

    Namun selepas 20 30 tahun akan datang, kita tidak seronok sebab kita tahu asal kita.

    Asal kita daripada tanah dan akhirnya akan kembali kepada tanah.

    Rahsia Allah untuk tidak menunjukkan perkara ghaib kepada orang lain dan kita adalah nikmat yang Allah berikan kepada semua manusia. 

    Supaya setiap manusia boleh berlapang dada dengan manusia lain tanpa mengetahui perasaan sebenar manusia itu. 

    Bayangkan betapa keruhnya hubungan sesama manusia sekiranya masing-masing tahu apa yang ingin diperkatakan kepadanya. 

    Jadi, bersyukurlah apabila Allah merahsiakan perkara ghaib dari pengetahuan setiap manusia.

    Rujukan:

    Cocombee, Kita Tak Tahu Isi Hati Orang.. ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

    https://www.youtube.com/watch?v=T26wyesCuVU

    Al-Qur'anul Karim, Surah Ali-‘Imran: 179