Nak tahu apa isi kandungan khutbah Rasulullah, ketika awal hijrah di Madinah? Jom kita hayati dan ambil pengajaran, insyaAllah.
Segala puji tertentu hanya bagi Allah, aku memuji dan memohon pertolongan kepada Allah dari segala keburukan jiwa-jiwa kami dan kejahatan-kejahatan amalan kami.
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan sesiapa disesatkan-Nya, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya.
Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitab Allah. Berbahagialah orang yang dihiasi oleh Allah dengan Al-Quran dalam hatinya dan memasukkannya ke dalam agama Islam setelah kafir serta memilihnya di antara beberapa sekelompok manusia.
Hal tersebut merupakan perkataan paling baik. Cintailah oleh kamu orang yang dicintai Allah. Cintailah Allah dengan sepenuh hati kamu. Jangan pernah jemu membaca firman Allah dan mengingatnya. Jangan biarkan hati kamu menjadi keras.
Sesungguhnya dari semua ciptaan Allah, Dia akan memilih orang yang terbaik amalannya. Orang yang terpilih dari sekian ramai manusia, adalah orang yang bagus ucapannya, dan tahu mana yang halal dan yang haram.
Maka beribadatlah kepada Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun dan bertakwalah dengan sesungguh-sungguh takwa. Berbuat jujurlah kepada Allah dengan menyesuaikan diri dengan apa yang telah dikatakan.
Saling mencintailah kerana Allah, sesungguhnya Allah membenci orang yang mengingkari janji. Wassalamu’alaikum.
Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)